Friday, 5 October 2012

Automated Enforcement System (AES)

Assalaaaaamualaikum..~!!

Semalam masa aku drive balik rumah melalui SKVE, mata aku tetiba je rasa silau semacam. Aku percaya ni mesti kerja kamera JPJ kat seberang jalan tu. Kamera tu ada laa dalam sebulan diletak kat situ. Tapi ni pertama kali aku perasan ada flash keluar dari kamera tu. Ooo, baru tau kamera tu boleh keluarkan flash sebenarnya :p

AES atau dalam BM nya dikenali sebagai "Sistem Penguatkuasaan Automatik" berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalulintas dilakukan di kawasan sering berlaku kemalangan sahaja. Pelaksanaan AES meliputi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat dan memandu melebihi had laju.

Kamera Statik






Hasil pembacaan aku, sebanyak 566 buah kamera speeding & 265 buah kamera traffic light akan dipasang manakala sebanyak 250 unit kamera mobile akan turut digunakan. Tapi dalam fasa percubaan sekarang ni, baru ada 14 kamera je kot keseluruhannya. JPJ tak rahsiakan pun lokasi projek AES ni. Aku tolong print screen dari Portal JPJ untuk tatapan korang.


Nampak tak kat Putrajaya je ada 2 kamera..! Kat PLUS area Kajang pun kena jaga-jaga, had laju 90 km/j je. Kat SKVE yang aku lalu hampir setiap hari tu lagi laa kena drive slow, 80 km/j je. Hohoho. Walaupun jalan tu besar, luas & seronok untuk memecut tapi hentikan je laa perbuatan tu. Paling tidak pun, bila dah lepas kamera JPJ ni, sambunglah balik memecut. Hehe.

Akhir kata, hati-hati di jalan raya.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...