Tuesday, 27 November 2012

Baca Yasin Pukul 3 Pagi

Assalaaaaamualaikum..~!!

Weekend baru-baru ni, Ziqri tak lena tidur. Kejadian ni berlaku betul-betul lepas Manchester United bangkit daripada ketinggalan 1 gol untuk menewaskan Queens Park Rangers dengan keputusan 3-1. Yeah..!

Ziqri & Mama Eta dah tidur masa aku tengok bola. Lepas habis game kira-kira pukul 1 pagi, aku pun tutup tv & nak tidur. Then tetiba je Ziqri menangis. Bila dah dapat susu, Ziqri pun sambung tidur.

Beberapa minit lepas tu, Ziqri nangis lagi. Mama Eta & aku terjaga tapi berpura-pura tidur. Ziqri dah penat agaknya menangis, sambung tidur.

Selang beberapa minit kemudian, Ziqri nangis lagi. Taktik pura-pura Mama Eta & aku dah tak menjadi. Lalu ditepuk-tepuk tilam, bagi irama supaya Ziqri dibuai mimpi balik. Menjadi & Ziqri sambung tidur.

Tak lama lepas tu, Ziqri nangis lagi. Taktik tepuk tilam pun dah tak menjadi. Ziqri tergaru-garu kepala & telinga dia. Ziqri memang ada masalah eczema. Belakang telinga dia pun dah sampai luka-luka sebab selalu sangat digaru. Jadi untuk meredakan rasa gatal dia tu, kami gunakan tisu basah untuk lap kepala & telinga dia. Ziqri lega & sambung tidur.

Selang beberapa minit lepas tu, Ziqri sambung balik menangis & tergaru-garu. Badan / kepala Ziqri tak panas pun. Kenapa laa agaknya ni. Tidur Mama Eta & aku terganggu.

Sampailah dekat pukul 3 pagi, Mama Eta tanya pendapat aku, "Ziqri kena 'ganggu' ke sebab kita keluar malam tadi..?". Aku atas pagar, nak mengiyakan atau menidakkan.

Tengok pada keadaan Ziqri yang dah 2 jam macam ni, aku pun ambil keputusan untuk baca yasin. Mama Eta minta sediakan air suam gak untuk bagi Ziqri minum.

Drama melayu sangat mempengaruhi aku pada malam tu. Nak lagi spesifik, aku terbayangkan cerita Jangan Pandang Belakang. Hoho. Makin kuat Ziqri menangis, makin meremang bulu roma aku sambil baca yasin :p

Lepas habis baca, kami pun bagi Ziqri minum air yasin tu. Alhamdulillah lena pun tidur dia lepas tu :)

Gambar lama


Rupa-rupanya Ziqri tak lena tidur malam tu mungkin sebab rasa tak selesa nak demam.

Kesian.

3 comments:

  1. Salam jedeh. Lama x jumpa ko. Kebetulan terjumpa blog kau. Tau2 dah ade anak ye. Kalau anak ade eczema buleh letak cream BTV. Mungkin gatal jugak tu. Mungkin ada benda atas bumbung ko jugak. Haha. -mufaz-

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam. Mufaz, aku merinduimu!!! Apa khabar? Apa cerita kau skrg? Lama gile xjumpa..

      Delete
  2. klu anak eczema elok letak minyak kelapa dara,klu minat nak beli bgtau

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...