Wednesday, 5 December 2012

Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Assalaaaaamualaikum..~!!

Baru-baru ni kami sekeluarga melarikan diri dari kesesakan serta haruk pikuk KL / Selangor / Putrajaya ke Melaka. Destinasi penginapan, Bayou Lagoon Park Resort. Macam mana boleh tau kewujudan tempat ni..? Sebab terjumpa offer best kat Agoda. Hehe.

Apa yang menarik kat Bayou Lagoon Park Resort, bilik dia macam apartmen. Ada ruang tidur, ruang tamu, ruang makan & bilik mandi. Cuma agak kelakar sedikit sebab ada tingkap antara ruang tidur & bilik mandi. Nak mengintai ke..? Haha.

Nak lagi best, ada water theme park kat sini..!! Turun je lif ke lobi, jalan ke belakang bangunan, terus boleh main air. Mungkin saiz dia tak besar mana tapi masih best especially untuk Ziqri..!! Tak caya, ce tengok gambar-gambar kat bawah ni.

cantik kan..?

Ziqri teruja..!
aku suka gambar ni..!

Weeee..~!! 5 daripada 9 gelongsor yang ada

Mama Eta suka gambar ni sebab gaya tangan Ziqri..

FIRE..!!! Ziqri xmo stop main

























Keseluruhannya, aku nak bagi star rating kat Bayou Lagoon Park Resort ikut pecahan ni:

Bilik 4.5/5
Besar & selesa

Water Theme Park 4.5/5
Best tapi lagi best kalau lagi besar

Kebersihan 4.5/5
Memang bersih

F&B 4/5
Ok laa cuma tak banyak sangat pilihan makanan

Lokasi 4/5
Dekat je dengan tol Ayer Keroh & pusat bandar

So kalau korang bercadang nak bercuti kat Melaka, aku sokong supaya korang ke Bayou Lagoon Park Resort ni. Tapi pandai-pandai laa cari offer yang menarik kat internet.

Sekian, happy holiday..!

4 comments:

  1. saya baru booking untuk bercuti this january...
    tempat die ok kan...?
    tempat die between bandar & ayer keroh ker?
    nak ke umbai or alai jauh tak?
    sorry kalau pertanyaan byk sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kitorang pergi, ok lagi. Baru buka 2 bulan, so semua pun masih baru. Hehe. Yup, tempat dia kat tengah2 tapi mungkin lebih dekat dgn Ayer Keroh. Kitorang x g lak Umbai/Alai. Nak makan seafood ke? Kalau check kat google map, 15 minit je dah sampai :)

      Delete
  2. Menarik nye... terima kasih upload gambar... k.lynn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Pergilah bercuti. Tmpt baru buka ni, sure byk offer lagi.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...