Wednesday, 25 May 2011

Macam Mana Kitorang Pilih Hospital Bersalin?

1. Pilih Hospital Yang Dekat Dengan Tempat Tinggal
  • Baby dijangka lahir pada 30 Oktober. Time tu aku dijangka tengah pergi Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama tujuh bulan di sekitar Malaysia. So plan kitorang, Mama Eta akan duduk rumah mak mertua aku dalam tempoh sebulan sebelum beranak, kira-kira awal Oktober tu lah. Kat sana, semua jiran tu saudara mara. So katakan tetiba je Mama Eta nak beranak, ramai yg boleh tolong drive hantar dia g hospital – Abg Ejam, Abg Uda, Abg Midan, Abg Hasan, Pak Usu dll. So hospital bersalin pilihan kitorang adalah dekat sekitar Banting atau Klang.

2. Hospital Kerajaan @ Swasta
  • Kitorang sama-sama kerja Gomen. So panel kitorang kat hospital gomen laa jawabnya. Kat area Jenjarom ada dua hospital gomen yg berdekatan – Hospital Banting & Klang. Both hospital ni dah veteran umur dia. Fasiliti, servis & keselesaan pun agak kurang memuaskan. Jgn salah faham, aku bkn nak perkecilkan dua2 hospital ni. Hospital ni dah sangat byk berjasa kat org ramai. Cuma dari review org ramai / sdare mare yg bersalin kat sana + kita pergi tgk sendiri tmpt tu, elok gak kalau kitorang g usha2 hospital swasta kan.
  • Hospital swasta ni aku nak klasifikasikan kepada dua kategori – Hospital Bersalin & hospital yg general (kira semua jenis perkhidmatan pun bolehlah). Menurut sumber2 yg mungkin boleh dipercayai, kos bersalin kat hospital yg mmg specific utk bersalin shj lagi rendah. So kitorang search punya search, ada laa dua hospital bersalin private kat area sana – Hospital Metro Maternity & Hospital Bersalin Razif.
  • Hospital Metro Maternity: Kitorang g usha hospital ni kat Banting. Saje2 nak survey harga pakej & tgk sendiri suasana tempat tu mcm mana. Jarak dlm 30 minit dari rumah mak mertua, sure x jem punye. Aku xingat brp harga pakej dia. Nak kata mahal @ murah pun xreti sbb masa tu xde harga pakej kat tmpt lain yg nak di’compare’kan. Suasana lak agak sunyi, sepi, hambar, mcm xde patient langsung. Hehe. Seperkara yg kurang menarik kat situ, patient akan dipindahkan ke Hospital Metro Maternity Klang if perlu dibedah. Leceh.
  • Hospital Bersalin Razif: Jarak hospital ni kira2 30 minit dari rumah mak mertua, berdepan dgn Hospital Klang. Suasana dalam hospital menarik & selesa. Pakej yg ditawarkan pun affordable. Discuss punya discuss, kitorang pun setuju utk amek pakej ni:-
  
Package 2 scheme by installment (Antenatal & Delivery) : RM 2100.00

1st payment on 12 weeks (RM200.00)
Booking from 12 – 16 weeks
• Blood Test
• Ultrasound (fetal dating)
• Antenatal consultation up to 16 weeks
• Medication
 2nd payment on 20 weeks (RM250.00)
20 – 24 weeks
• Antenatal consultation up to 24 weeks
• Ultrasound (fetal screening)
• Medication

 3rd payment on 24 weeks (RM300.00)
24 – 28 weeks
• Antenatal consultation up to 24 weeks
• Ultrasound (fetal screening)
• Medication

 4th payment on 28 weeks (RM300.00)
28 – 32 weeks
• Antenatal consultation up to 32 weeks
• Ultrasound (fetal screening)
• Medication 


5th payment on 32 weeks (RM300.00)
32 – 34 weeks
• Antenatal consultation up to 34 weeks
• Ultrasound (fetal growth)
• Medication

 6th payment on 36 weeks (RM350.00)
36 – 40 weeks
• Antenatal consultation up to 40 weeks
• Ultrasound (fetal growth)
• Medication

 7th payment on 40 weeks (RM400.00)
• Normal Delivery
• 2 nights stay in the ward
• Includes all treatment & medication


Package does not include :
  • Bleeding at early pregnancy, infection in pregnancy & any complication in pregnancy.
  • Abnormal delivery such as breech, twins and caesarean (LSCS).
  • Any complication happened before, during or after delivery.
  • Baby that need special attention.
  • Term & Condition are subject to change
Room Types and Rates in Hospital Bersalin Razif
Perdana Single Room = RM 200/night
Perdana Double Room = RM 150/night
General Ward = FREE
*Room only, not in the package
Rajah 1 : Proses Kitorang Pilih Hospital Bersalin



Masa nak pilih Hospital Bersalin Razif ni dulu, aku terfikir gak, OK ke nak amek hospital ni. Masalah paling besar yg aku fikir time tu sbb lokasi hospital yg memang terkenal dengan traffic jam. Dulu aku fikir perempuan yg nak bersalin mesti nak kena pergi hospital cepat-cepat je (pengaruh Drama Melayu, bagi unsur saspens). Sekali bukan semua kes ibu nak bersalin mcm tu daa. Ada je yg sempat nak panaskan lauk utk anak balik tadika nnt, tutup tingkap rumah, sms kengkawan utk bgtau saiz bukaan dll. Hahahaha. So, insyaallah kitorang dah buat pilihan yg tepat & segalanya akan dipermudahkan ;)

10 comments:

  1. hihi....good tips since org pon org sijangkang....kah3...

    razif ok....sbb hosp swasta ni if ade kes die akan rujuk hosp kerajaan jgk kan cane pon...

    in this case, if eta ade mslh...(**yg sy berdoa dijauhkan sgt2....), boleh trus rujuk ke hosp klang yg mmg da sgt dekat.....insyaallah..

    ReplyDelete
  2. insyaallah semua akan ok. mekasih cik lijah ;) dah suruh eta reply mlm smlm tp dia terlupa lak..

    ReplyDelete
  3. Salam,

    How to survey pakej yang kat Razif tu.. Kena buat appointmrnt ke jumpa doctor or just pg kat counter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi je terus ke kaunter, dia akan bagi brosur pakej :)

      Delete
  4. Salam,, lokasi hospital metro maternity 2 kat mane eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bandar Sungai Emas, Sungai Manggis. Dekat dengan Tesco Banting. Tapi tak pasti lak samada Tesco tu wujud lagi ke. Hehe. Ada map kat website dia, http://www.metromaternity.com/metro-banting.html

      Delete
  5. Saya ada pengalaman di ketiga hospital swasta n government tersebut..
    -mengandung pes time DNC kat Ampuan Rahimah.. kes tumpah darah n hospital simpan dlm 4 ari dok kat situ sambil goyang kaki check sana sini baru wat DNC.. discharge ari ke 6.
    - mengandung kali kedua gugur lagi. dan serik ke ampuan rahimah. wat DNC kat razif. masuk kul 6.45 pagi terus buat then kul 10.30 dah leh discharge.
    - mengandung ketiga pulak terus daftar n checkup tiap2 minggu/bulan kat metro klang. sebab kes dah 2 kali gugur... not bad sampai bersalin. time tu boleh bayar ansur.. sekarang dah x leh kut..
    time tu jugak razif x de wat bayar installment ni. tu yg pilih metro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesiannya. Then pengalaman kat Metro, ok ke?

      Delete
  6. Tq for the info :) saya tgh seriau nak bersalin ni..

    Tumpang lalu ye tuan tanah.
    Saya ada menjual set berpantang, set hamil, set kecantikan dengan harga istimewa, dapat hadiah lagi. Jom singgah www.thevitamom.blogspot.com dan www.facebook.com/vitamom

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...