Wednesday, 20 March 2013

Bercuti di Langkawi

Assalaaaamualaikum..~!!

Kitorang baru je balik dari bercuti kat Pulau Langkawi selama 3H2M. Kitorang stay kat Langgura Baron Resort & segala urusan pengangkutan kitorang kat sana menaiki kereta sewa.

Mama Eta dah lama berhajat nak belanja MIL aku naik kapal terbang. Kebetulan AirAsia ada offer baru-baru ni, so Mama Eta belilah tiket untuk 4 org dewasa dan 1 infant. BIL aku pun join sama.

Percutian kali ni kitorang tak naik teksi dah dari rumah ke LCCT. Aku saje nak explore apa rasanya kalau drive sendiri. Lagipun tak risau sangat bila aku turunkan family kat LCCT sementara nak mencari parking sebab BIL boleh tengok-tengokkan diorang.

Ada parking murah kat Terminal ni yang diorang caj RM16 sehari. Tapi tempat tu open space dan korang kena berjalan jauh sikit. Sadisnya aku cuma dapat park kereta kat area hujunggggggg sekali sebab tempat tu dah almost full. Logik laa sebab weekend kan. Akibatnya aku kena berjalan kaki ke departure hall dengan meredah panas terik matahari selama 10-15 minit. Steady laa Jedeh...!

Welcome to Langkawi
KERETA SEWA

Ketibaan kitorang kat airport Langkawi disambut oleh brother kereta sewa. Servis ni aku dah booking awal-awal kat holidayssweet.blogspot.com supaya memudahkan pergerakan kitorang kat sana nanti. Nak lagi best, brother ni siap bagi peta percuma kat kitorang. Terbaek..!

Kebiasaannya tangki minyak kereta sewa ni dah nyawa-nyawa ikan masa kita dapat. So aku share tip dengan korang, tak perlulah baik hati nak isi minyak sampai penuh sebab pulau ni bukan besar mana pun.  Kitorang guna dalam RM20 je kot dalam tempoh 48 jam kat sana.

TEMPAT TINGGAL

Pada mulanya kitorang cadang nak stay kat Malibest Resort. Resort ni sangat-sangat recommended by kawan-kawan kitorang. Tapi sayangnya tempat ni dah full.

So selepas di'survey' beberapa option, kitorang pun pilih Langgura Baron Resort. Kedudukan resort ni sangat strategik kat Pantai Cenang, bertentangan dengan Cenang Mall, sekitarnya ada kedai-kedai makan / runcit / souvenir. Masalahnya cuma pemandangan dari dalam bilik ni tak nampak laut sebab dihalang dengan sebaris lagi resort apa entah namanya. Tapi takde hal lah selagi bilik tu luas dan selesa.

Mandi laut setiap pagi
TEMPAT MENARIK

Antara tempat menarik kat Langkawi yang sempat kitorang pergi adalah Underwater World, Langkawi Cable Car, Dataran Lang dan Makam Mahsuri.

Kalau korang bercadang nak ke Underwater World, bayaran tiket masuk adalah serendah RM22 (dengan syarat korang tunjuk pas kerja Kerajaan). Lokasi Underwater World ni kat Pantai Cenang, dekat je dengan tempat tinggal kitorang. Kat dalam tu ada sesi fotografi untuk pelawat. Diorang akan print gambar tu saiz 6R dan diletak dalam frame yang menarik. Kalau minat, belilah RM25.

Langkawi Cable Car pun menarik untuk korang pergi. Tiket masuk RM15 untuk pemegang MyKad. Sayangnya time kitorang pergi ni, jambatan gantung kat situ tengah dalam proses penyelenggaraan. So tak dapatlah nak menguji keberanian. Huhu. Kat sini pun diaplikasikan konsep sesi fotografi macam kat Underwaterworld. Selain print gambar saiz 6R berserta frame yang menarik, diorang upgrade lagi presentation gambar tu dalam bentuk globe yang berisi air. Harga pakej untuk kedua-duanya adalah RM65. Pergh..!

Banyaknya fish
Menuju puncak
Subhanallah, cantiknya pemandangan
ApakeJEDEHnya Winter Sonata kat sini..?
Al-Fatihah... Tak berapa nampak lak Makam Mahsuri tu.
Tak sanggup nak berjalan sampai ke helang besar tu, panas gile..!
MAKAN

Masalah terbesar kitorang masa kat Langkawi adalah untuk mencari kedai makan yang ok pada harga yang ok. Ada 2 kali kitorang dinner kat tempat yang mahal tapi makanannya biasa je la.

Dinner pertama kitorang adalah kat Telaga Arabic Restaurant, Pantai Cenang. Kenapa pilih restoran ni..? Sebab waktu tu hujan, susah nak cari kedai makan, dah lapar sangat dan kedai tu nampak selesa. Mungkin salah kitorang gak sebab order nasi goreng tak pedas langsung untuk Ziqri makan. Akibatnya semua 4 pinggan nasi goreng yang lain pun dimasak tak pedas langsung. Tawar. Habis RM70++.

Dinner kedua lak adalah kat Restoran Hj. Ramli, Pantai Cenang. Kenapa pilih restoran ni..? Sebab nampak macam kedai makan seafood yang biasa dan saiz kedai pun luas. Tapi mahalnya makanan. Ikan Siakap masak Padprik je dah kena RM36. Udang goreng tepung, 300g, dapat 5 ekor je, kena RM30. Campur nasi, air, habis RM90++. Blurp.

Selain 2 kedai ni, makan kat Laksa Penarak (Dataran Lang) dan Kedai Ikan Bakar (berdekatan airport Langkawi) paling berbaloi. Sedap dan harga pun murah, kurang daripada RM35. Fuh..!

SHOPPING COKLAT

Ngeh ngeh ngeh. Cite pasal shopping coklat ni nanti aku update ye. Bagi time untuk buat research sikit :)

Tu je laa cerita kali ni. Wassalam..!

19 comments:

  1. mahalnya makan woih!! agaknya kat tempat2 pelancongan ni diorang suka ketuk habis2an kan T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..! Then aku rasa Pantai Cenang ni dah macam kat Krabi. Sesak, penuh orang luar negara dan harga makanan melambung..

      Delete
    2. ada tmpat yg makanan murah skit...nnt dtg lgik :)

      Delete
  2. Assalam... hai nak tanya kat langgura baron resort tu ada iron tak? towel? tq.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'slm. Boleh minta iron daripada registration counter. Towel pun disediakan.

      Delete
  3. Salam nk nek cabel car bwh umur 2 tahun blh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. Anak kitorang masa ni belum masuk 2 tahun lagi.

      Delete
  4. Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...

    Maaf ganggu masa saudara/saudari semua. Saya hanya nak minta untuk bantu saya kumpul maklumat / data yang saya perlukan dari saudara/saudari. Mohon sangat-sangat bantu saya.

    Saya perlukan data / maklumat ini untuk peringkat analisis data.

    Survey ini untuk saudara/saudari yang dah pernah melawat Cameron Highlands atau Langkawi atau kedua-duanya sekali.
    Survey ini mengambil masa 5-10 minit untuk diselesaikan (bergantung)

    Untuk pertama kali jawab survey ini, saudara/saudari boleh jawab soalan-soalan seperti biasa, tetapi jika saudara/saudari ingin jawab untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya UNTUK TAMBAHKAN MAKLUMAT survey, boleh ikut step yang dah disediakan dalam survey ini (juga dikenali sebagai pengguna kedua "Second User")

    Kalau ada yang tak faham, boleh terus mesej kat sini yer
    Really need all your help..

    Link survey KLIK URL SINI: https://www.surveymonkey.com/s/5Y8Z5FM

    PM saya untuk sebarang permasalahan

    Inshaallah, saya akan bagi hadiah misteri untuk saudara/saudariyang bertuah dan terima kasih atas penyertaan semua. Semoga Allah s.w.t membalas jasa saudara/saudari
    *Mohon sebarkan kepada kawan-kawan yang lain juga

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum.. terima kasih share info nie. yana nak bercuti ke langkawi hujung bulan nie. tp masih blur2 lagi. sbb tak pernah pergi berdua ngn hubby ... hehehh tyvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gamble je barulah adventure. Haha. Sewa kereta untuk mudahkan perjalanan korang.

      Delete
  8. assalam..bro, ko bwak stroller x pegi sane? rase2 kene bwk stroller x?

    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorang tak bawak sebab anak dah besar. Takde masalah pun kalau nak bawak.

      Delete
  9. salam kepada sesiapa yg ingin ke Langkawi cuti nie.. sy ada homestay btoi2 tgh pekan kuah.. 3 bilik full aircond,, pantry.. ruang tamu.. semalam hanya rm250.. 2 mlm ke atas hanya rm210.. keistimewaan homestay ini adalah hanya berada dpan bangunan haji ismail groupp.. so leh jalan kaki jew.. dekat dengan uptown utk anda cuci2 mata mlm2 tgk beli mkanan n pkaian.. kalau dtg hari rabu n sabtu berdakatan psar mlm.. kedai mkan hanya bersebelahan sahaja!!! selain itu dekat dgn bank islam maybank cimb bank ~yang menariknya ialah anda akan mendapat include sekali pakej mangrove hanya rm180 sahaja satu bot yg anda xkan dpt kt mna2.. krn depa akn bg rm250... ~island hopping plak hnya rm230 satu bot !!!! mesej atau kol trus na untuk penempahan 0134569984

    ReplyDelete
  10. assalam beb..hr tuh ko g langkawi hotel book awak ker or masa tuh gak ko book..senang x jalan nyer ke hotel tuh dr airport

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel book awal. Jalan kat sana senang je.

      Delete
  11. belon..! sha pun nk p langkawi hujung bulan ni.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...