Tuesday, 10 December 2013

18 Hari Di NICU

21.11.2013, jam 11.08 mlm, 18 Muharam 1435H - Zaeem lahir dan ditempatkan di NICU Hospital Putrajaya. Mama tak nampak dan tak tau pun bila masanya Zaeem keluar dari perut tapi yang pasti mama tak dengar langsung tangisan Zaeem. Menurut doktor, pernafasan Zaeem menjadi laju secara tiba-tiba 10 minit selepas lahir. Zaeem diberikan alat bantuan pernafasan serta ubat untuk mematangkan paru-paru sebab dilahirkan secara pra-matang.

Day 1 (Jumaat)
- Ayah bawa mama jumpa Zaeem untuk pertama kalinya. Nafas Zaeem dah ok dan tak perlukan alat bantuan pernafasan lagi. Tapi kali ni disahkan kena jaundice lak.

Day 2 (Sabtu)
- Hari ni mama dengan ayah baru perasan, muka Zaeem seiras dengan abang Ziqri..!! Hehe comel je. Ahamdulillah jaundice Zaeem dah baik. Cuma berat badan dah turun sikit daripada 1.8kg kepada 1.75kg. Oh, Zaeem kentut kuat sampai keluar eyak. Huhu.

Day 3 (Ahad) - Berat badan Zaeem turun lagi dah jadi 1.72kg lak. Masa mama dengan ayah melawat Zaeem, nurse bertugas nak bagi Zaeem susu mama. So merasalah mama dengan ayah 'menyusukuan' Zaeem. Mama pun dah dapat dukung Zaeem walaupun rasa takut-takut dengan saiz yang kecil tu. Then disebabkan rasa geram sangat kat baby ni, mama dengan ayah berjaya gak curi-curi amek gambar Zaeem. Yeah!


Day 4 (Isnin) - Zaeem dimasukkan ke dalam inkubator sebab berat badan sekarang 1.68kg dah di bawah tahap piawaian hospital. Selain tu, Zaeem kena berpuasa sebab dia ada muntah susu dan dipercayai sistem pencernaan masih tak berapa ok. Cepat sihat ok!


Day 5 (Selasa) - Berat badan Zaeem yang terkini adalah 1.63kg. Hospital dah bagi Zaeem hisap susu balik. So harap-harap makin bertambahlah berat badan Zaeem lepas ni.


Day 6 (Rabu) - Kedudukan katil Zaeem dalam NICU ni berubah lagi sebab dah kena jaundice semula. Bacaan jaundice Zaeem adalah 229, betul-betul bawah border line. Tapi sebagai langkah berjaga-jaga, hospital tempatkan je laa Zaeem kat bawah sinaran phototherapy. Hopefully takkan menjejaskan kenaikan berat badan dia sebab berkemungkinan akan berlaku dehydration. Antara berita positif hari ni, berat badan Zaeem dah naik kepada 1.66kg dan sistem pencernaan macam dah ok sebab tiada lagi aspirate. So kuantiti susu badan yang diambil pun bertambah kepada 6ml bagi setiap 3 jam. Alhamdulillah.


Day 7 (Khamis) - Bacaan kuning Zaeem dah menurun kepada 216 tapi masih diletak kat bawah sinaran phototherapy. Turun banyak-banyak lagi ok sayang. Berat badan lak kekal 1.66 kg. Eloklah tu kan daripada turun lagi. Go Zaeem go!

Day 8 (Jumaat) - Ayah dah agak dah Zaeem memang kuat. Alhamdulillah berat badan dah naik kepada 1.70 kg manakala bacaan jaundice turun kepada 172. InsyaAllah Zaeem akan makin sihat lepas ni sebab kuantiti susu yang diambil pun dah bertambah jadi 21 ml bagi setiap 3 jam. Cuma berlaku satu insiden yang sedikit mencemaskan bila darah keluar kat branula yang dicucuk kat tangan Zaeem gara-gara lasaknya anak ayah ni. Terpaksalah dicucuk lagi sekali. Sedikit rasa kurang puas hati dengan pengurusan hospital hari ni sebab diorang mengabaikan amaran pertama daripada alat yang bersambung dengan branula tu, penyusuan baby yang lewat kira-kira 30 minit dan tilam Zaeem yang kurang bersih. Selain tu, semua ok.


Day 9 (Sabtu) - Berat badan Zaeem kekal 1.70 kg manakala bacaan jaundice adalah ok. Kuantiti pengambilan susu dah bertambah kepada 24 ml bagi setiap 3 jam. Ada aspirate sikit petang ni sebanyak 5 ml tapi semuanya adalah susu. Masa pemberian susu pun baik hari ni, tak lewat macam semalam.

Day 10 (Ahad) - Sekali lagi berat badan Zaeem kekal 1.70 kg sementara pengambilan susu dah bertambah kepada 27 ml bagi setiap 3 jam. Nurse kata kalau berat badan Zaeem naik bila ditimbang malam ni, insyaAllah dah boleh keluar daripada inkubator.

Day 11 (Isnin) - Alhamdulillah Zaeem dah bebas daripada inkubator. Berat badan naik sikit kepada 1.71 kg. Susu pun dah banyak, 34 ml bagi setiap 3 jam. Puas hati mama dengan ayah dapat cium Zaeem gila-gila. Haha. Mama dapat dukung Zaeem, ayah nanti-nantilah ye. Huhu.


Day 12 (Selasa) - Berat Zaeem berterusan naik lagi kepada 1.72 kg. Come on sayang, cepat-cepat sihat. Ayah target Zaeem boleh balik rumah hari Ahad ni.

Day 13 (Rabu) - Alah, berat badan Zaeem turun jadi 1.71 kg lak. Hurm, kuantiti susu tambah kepada 36 ml bagi setiap 3 jam. Tidur je Zaeem masa mama dengan ayah datang.

Day 14 (Khamis) - Fuiyo, berat Zaeem naik mendadak kepada 1.76 kg! Alhamdulillah.. Nurse sikat rambut pacak.


Day 15 (Jumaat) - Berat naik lagi dah jadi 1.79 kg. Nak lagi best, hari ni 1st time mama dapat menyusukan Zaeem. Mama kata mula-mula tu Zaeem struggle gak. Tapi once dah dapat cara hisap yang betul, non stop Zaeem menyusu. Gumbiranya :)

Day 16 (Sabtu) - Zaeem dah dipindahkan ke 'Bilik Berkaca'. Ikut pemahaman aku, bilik ni menempatkan baby yang dah stabil dan tersenarai dalam calon-calon baby yang akan dapat stay dengan mama jika segalanya positif. Nasogastric (ryles) tube, tiub yang menyalurkan susu ke dalam perut Zaeem melalui mulut dia tu pun dah tak pasang lagi dah dan Zaeem makin pandai menyusu badan. Cuma apa yang kurang positif adalah berat badan Zaeem yang statik 1.79 kg.


Day 17 (Ahad) - Hospital telefon bagitau yang mama boleh stay dengan Zaeem mulai tengah hari ni. Yes! So sekarang tengah packing barang-barang yang nak dibawa :) Berat badan dah 1.80 kg. Mama akan room in dengan Zaeem dan disyorkan untuk menyusukan baby setiap 2 jam termasuklah waktu tengah-tengah malam. Doktor akan timbang berat badan Zaeem esok.

Day 18 (Isnin) - Alhamdulillah dalam keadaan yang penuh debar, hospital bagitau yang berat badan Zaeem naik lagi kepada 1.84 kg. Nak lagi best, doktor benarkan Zaeem dan mama discaj hari ni walaupun kebiasaannya setiap mama kena room in sekurang-kurangnya 2 malam. Jom balik!

Terima kasih Hospital Putrajaya..
 
Maka tamatlah kisah 18 hari Musyrif Zaeem di NICU..

2 comments:

  1. Siannya Baby ni , Dulu ayah saya cakap masa saya lahir pun pra matang jugakk . Semua orang dah sedih sebab tak dengar tangisan bayi pun , masa tuh tahun 1993 byk peralatan takda di hospital kerajaan dan terpksa bergantung dengan susu mahal . Berat badan saya masa tuh cuma 1Kg jer. Baru saya paham perasaan mak ayah saya lepas baca entri awak ni . Semoga baby terus membesar dengan baik dan menjd anak solehah :) Amin .

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...