Saturday, 16 June 2012

Umai D' Lake Cafe

Assalaaaaamualaikum..~!!

Tengah hari tadi kami sekeluarga makan kat Umai D' Lake Cafe, Putrajaya. Kafe ni terletak kat area Monumen Alaf Baru, sebelah Masjid Mizan (Masjid Besi).

Aku dapat tau kewujudan Umai D' Lake Cafe kat internet la. Ada yang komen kat Fesbuk, ada yang cerita kat blog. Apa yang buat aku tertarik dengan kafe ni sebab kedudukan dia yang menarik, depan tasik.

Memandangkan anak kesayangan, Musyrif Ziqri bangun tidur lambat, jadi kami pun alas perut dulu kat rumah sebelum g sana. So bila sampai kat Umai D' Lake Cafe, kami order makan yang biasa2 je.

Aku makan Roti Jala & minum Milo Ais Umai.


Mama Eta makan Chicken Chop & minum Tembikai Laici.


Mak makan Bihun Goreng & minum Limau Ais.


Ziqri makan & minum Pengat Pisang (lupa nak ambil gambar).

Aku bukan cerewet sangat part makan ni. Cuma kalau betul2 xsedap, aku bagitau laa yang rasanya memang xsedap. If betul2 sedap, aku akan bagitau laa yang makanan tu memang sedap. So untuk makanan kat Umai D' Lake Cafe ni, bagi aku ok je laa.

Sedikit yang mengecewakan aku, hiasan dalaman kafe tu xmenarik. Huhu. Aku bayangkan / harapkan kedai tu macam style mewah sikit, sesuai dengan lokasi dia yang ala2 eksklusif. Kalaulah diorang boleh bagi upgrade sikit, insyaallah lagi ramai pelanggan yang akan serbu.

So nak recommend kat korang untuk makan kat Umai D' Lake Cafe x..? Hurmmmm, susah betul nak decide. Ok la, korang dijemputlah datang ke sini - sambil makan, menikmati pemandangan tasik yang indah =P

Okies, daa. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...