Friday, 15 February 2013

Hari Terakhir Bercuti di Bandung

Assalaaaaamualaikum..~!!

Sedar tak sedar dah masuk hari terakhir kitorang kat Bandung. Plan kitorang hari ni nak dimulakan kat Pasar Baru. Memandangkan Pasar Baru tu buka pukul 9.00 pg, jadi kitorang takde laa rushing sangat nak breakfast, bersiap dan keluar. Ada lagi masa nak menyumbat barang-barang shopping dalam bagasi. Hoho.

Kitorang kembali ke Pasar Baru buat kali kedua. Tujuan utama sebab nak beli oleh-oleh Bandung macam fridge magnet. Pelik betul, kitorang langsung tak jumpa kedai yang jual oleh-oleh ni melainkan kat Ivan Fashion, kedai yang kitorang beli t-shirt Bandung banyak-banyak masa hari pertama kat sini. Walaupun kurang menarik tapi belilah gak daripada balik tangan kosong je.

Selain tu, Mama Eta sempat lagi tu nak singgah kedai-kedai tas tangan kat Pasar Baru ni. Yelah, dia memang nak beli handbag berjenama pada harga murah kat Bandung ni. Tapi bila tengok beg-beg murah kat Pasar Baru ni, walaupun berjenama, kualitinya terlampau mengecewakan. Langsung tak beli. Sebaliknya aku lak yang beli beg yang saiznya lebih kurang 56cm x 36cm x 23cm (hehe, ikut arahan Air Asia) untuk dijadikan cabin bag.

Dari  Pasar Baru, kitorang ke Rumah Tas di Jalan Lembong untuk meneruskan misi mencari handbag Mama Eta. Rumah Tas ni macam Terminal Tas di Jalan Riau gak la. Ada yang kata beg-beg kat Terminal Tas dijual lagi murah. Aku pun tak pasti. Puas ronda dalam Rumah Tas tu, dari depan ke belakang, dari bawah ke atas, Mama Eta tak jumpa gak yang berkenan di hati. Maka diputuskan bahawa misi mencari handbag Mama Eta gagal.

Lepas Rumah Tas, kitorang dah blur tak tau nak ke mana lagi. Blazer, kain ela, telekung, t-shirt Bandung, jeans, blouse, kasut dan oleh-oleh, semua dah beli. Apa lagi yang kitorang nak cari..?

Fikir punya fikir, kitorang decide laa untuk kembali ke Bali Heaven di Jalan Pasirkaliki. Macam yang aku ceritakan kat beberapa entri sebelum ni pasal keseronokan Mama Eta shopping kat Bali Heaven, kali ni pun sama. Sonok laa dia beli macam-macam. Duit pun ada banyak lagi, hasil penjimatan shopping item-item yang lain. Hehe.


Aku bercadang nak melawat masjid yang terbesar kat Bandung selepas tu. Tapi supir kitorang kata tempatnya jauh sangat. Memandangkan ada surau kat Bali Heaven ni, jadi kitorang pun solat je la kat sini. Suraunya sederhana besar tapi tempat ambil wudhu' dia berkongsi lelaki dengan perempuan. Boleh lak macam tu ek. Nasib baik takde orang lain kat situ masa Mama Eta ambil wudhu'.

Dari Bali Heaven, kitorang ke Kartika Sari untuk beli brownies yang sedap-sedap untuk diri sendiri dan famili kat Malaysia. Makanan macam ni memang digalakkan beli pada hari terakhir korang kat Bandung supaya tak cepat basi/rosak bila sampai Malaysia. Aku tergezut bila supir bawa kitorang ke Kartika Sari di Jalan Kebon Jukut sebab aku ingatkan Kartika Sari ada kat Jalan Dago je. Rupa-rupanya ada banyak cawangan dia kat Bandung.




Memetik kata Mama Eta, "Kartika Sari ni indah rupa dari rasa..!". Haha. Ni laa akibatnya bila expectation terlalu tinggi. Kitorang beli Durian Bollen (kering dan tak sedap), Brownies Kukus Besar (ok laa), Trio Brownies (aku suka part coklat je) dan Cake Sale Keju (pisang salai kecik je). Selain tu, kitorang beli gak bekalan untuk makan kat airport nanti macam Tiramisu Cup (ok laa), Red Velvet Cake Slice (sedap lagi RV yang aku beli masa birthday Mama Eta) dan Fruit Tarlet (ok laa).

Berdekatan dengan Kartika Sari tu ada kedai makan masakan Padang, namanya Mitra Sederhana Pasteur. Konsep hidangan masakan Padang ni, diorang akan letak semua jenis lauk kat atas meja makan kita. So kita pilihlah apa lauk yang kita nak. Kalau tak nak, asingkan awal-awal. Dia akan caj berdasarkan lauk apa yang kita ambil. Aku makan lauk sotong masak lemak memang terbaek..! Haha. Lauk lemak gak yang sedap kan.




Sebelum ke airport, kitorang kembali ke Jalan Dago untuk berpusing-pusing kali terakhir. Ziqri dah tidur, jadi aku laa yang jalan sorang-sorang. Dari outlet yang kitorang dah pernah pergi sampailah ke outlet yang belum pernah pergi, apa pun aku tak beli. Haha. Susah betul nak mencari benda yang berkenan kat hati.

Sebelum bergerak ke airport, kitorang dah kena bayar servis supir sebab katanya kat airport tu tak boleh nak berhentikan kereta lama-lama. Sekadar perkongsian dengan korang, bagilah upah lebih sikit kat supir korang atas sumbangan dia. Kadang-kadang tu kesian gak tengok kehidupan diorang. Bayangkan supir kitorang tu pernah bekerja sebagai driver kat Arab Saudi selama 2 tahun dan gajinya Rp3j (RM960) sebulan dah dikira lumayan, berapa je agaknya gaji diorang sebagai supir kat Bandung ni..? No wonder laa diorang sanggup dapat gaji rendah kat Malaysia ni sebab sebenarnya nilai gaji tu dah tinggi kat negara diorang. Haish.

Selepas check in bagasi kat airport, jangan lupa untuk bayar airport tax a.k.a Passenger Service Charge sebanyak Rp75k (RM24) seorang. Infant free. 

Sila bayar airport tax
Timbang berat cabin bag
Nak dijadikan cerita, Ziqri demam lak time ni gara-gara nak tumbuh gigi. Asyik menangis je dia. Selama 2 jam dalam flight pun, menangis je Ziqri. Kesian Mama Eta gak. Kesian kat penumpang-penumpang yang terganggu gak.

Maka berakhirlah sudah perkongsian kisah bercuti di Bandung kitorang 3 beranak. Kalau ada apa-apa nak tanya, silalah.

Sekian, happy holiday..!

17 comments:

  1. ada trik untuk makan di Rumah Makan Padang kalau Anda tidak mau ala Hidang, bilang ke mereka, "mas/bang DIRAMES aja ya .." lalu tunjuklah menu apa saja yang Anda inginkan.

    RAMES (logat Jawa) /RAMAS (logat Sumatera) adalah teknologi ala touchscreen, kita yang menentukan menu apa saja yang hendak disantap, yang akan hanya disajikan di piring makan kita.

    Dengan demikian, meja kita tidak penuh sesak dengan berbagai aneka piring yang makanannya tidak kita santap/tidak kita inginkan.
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh mcm tu ke, elok gak. Xde laa serabut sgt atas meja kan. Hari tu pun nasib kitorg baik sbb meja sebelah kosong. So bolehlah alihkan lauk yg kurang berkenan tu. Lebih drpd separuh jenis lauk gak yg kitorg xmkn. Hehe.

      Delete
  2. Assalamu'alaikum. Salam perkenalan tuk yang punya blog ini. Tuk yang mau bercuti ke bandung atau melancong ke bandung bisa coba hubungi kami, kami dari travel agency MalaysiaBandung.com, harganya berpatutan dan pemandunya ramah pula. Tolong untuk dipaparkan ya kakak harap-harap membantu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete
  4. salam saudara.....minta pandangan saudara tempat yg berbaloi utk dikunjungi dan yg mane x perlu pergi.....tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam. Tempat yang berbaloi ni bergantung kepada tujuan kita gak. Kalau nak shopping, pergilah ke Pasar Baru, Jalan Dago, Jalan Riau, Rumah Mode, Anakecil, Bali Heaven. Semua pun berbaloi :)

      Delete
  5. salam..
    nak tanya, kalau g bandung tue lg elok pakai cash or credit card?
    kalau cash, elok tukar di malaysia or cna je?
    kalau kad ader charge extra ke?

    ReplyDelete
  6. Lebih untung pakai cash dan tukar siap2 kat Msia. Ada kedai yg kenakan caj cc.

    ReplyDelete
  7. As'salam,
    Minta suggestion bagaimana cara nak booking pak supir sebelum kita ke bandung? tqsm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorang pakai emel je. Bagi detail dan terus nego harga.

      Delete
  8. bleh share contact details supir?? =)

    ReplyDelete
  9. assalam..
    nk tanye, hotel yg u stay tu jauh ke x dr airport?and tmpt shopping?
    pastu, bole mntk contact details supir yg u ols guna x?
    sapu lidi tu ada branch ke since u ckp brownies kt sapu lidi better than kartika sari and kena beli on the last day?

    tqvm~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarak hotel dari airport dalam 20 minit kot tapi tak jauh sangat pun dari kawasan shopping. Supir kitorang contact by emel je, Sapu Lidi ada branch tapi rasanya yang jual choc brownies tu cuma kat Sapu Lidi berdekatan dengan Kampung Daun. Sedap tak sedap, ikut citarasa masing-masing :)

      Delete
  10. nak tanya..hotel plak awak bermalam kat hotel ape? mahal tak?? terima kasih

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum... awk tak pakai agen erk.. jadi hotel dan supir berape yer?? sebab saya tengok kalau agen termasuk transport dan supir dalam RM700... sebab macam lebih murah je kalau tak pakai agen kn... leh bgtau harga... dan boleh bgtau hotel apa awak tinggal... dan macam mana awk booking..

    ReplyDelete
  12. Good news untuk peminat Brownies KARTIKA SARI & AMANDA

    Pre order dibuka sekarang.

    Pick-up point area: Putrajaya, Nilai, PetalingJaya, Bangsar, Setapak, Gombak, Kota Damansara.

    Brownies ETA ✈✈✈ on 17th nov 14

    Yummy & Fresh from Bandung, Indonesia

    WhatsApp/sms dazlina +60192633431

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...