Tuesday, 5 February 2013

Pasar Baru Trade Center

Assalaaamualaikum..~!!

Pasar Baru Trade Center yang juga dikenali sebagai Pasar Baru terletak di Jalan Otista, Bandung. Pasar Baru ni dibuka pada jam 9.00 pg. Waktu tutup aku tak pasti tapi review orang ramai kata pukul 5.00 ptg dah tutup. Untuk elakkan kesesakan melampau, pergilah Pasar Baru pada weekdays dan waktu pagi.

Bangunan Pasar Baru ni memang besar, ada 9 aras keseluruhannya. Sesetengah review yang aku baca, diorang ambil masa untuk shopping kat sini paling kurang pun 3 jam dan boleh jadi sehari suntuk gak. Tapi kitorang kat Pasar Baru ni dalam lebih kurang 2 jam je kot dan hanya ke 3 buah kedai je :p Well, kalau bawa infant, kenalah gunakan masa sebaiknya. Pergi kedai, harga ok, beli. Done! Aku tak pasti samada info kat bawah ni boleh membantu korang ke tak sebab rasanya macam susunan sebenar dah cacamarba je. Hehe.

L7 - Parkir
L6 - Bandung Food Center, Game Master, Furniture, Salon
L5 - Muda Mudi Xenter, Salon Kecantikan, Handphone, DVD
L4 - Fashion, Sepatu, Aksesori, Pusat Perlengkapan Haji & Busana Muslim
L3 - Fashion, Tas, Perlengkapan Bayi & Anak, Pusat Pakaian Dalam
L2 - Bank, ATM, Toko Mas, Tekstil
L1 - Tekstil, Sprei, Bedcover, Karpet, Sarung
D2 - Tas, Sepatu & Sandal, Fashion, Busana Muslim, Pusat Jaket
D1 - Busana Muslim, Fashion, Tekstil, Aksesori

Kepada sesiapa yang nak beli blazer, kain ela, telekung dan t-shirt Bandung yang sangat berbaloi dari segi harga dan kualitinya, aku amat syorkan korang pergi Pasar Baru.

BLAZER 

Aku tempah blazer kat kedai The Cosmo. Kedai ni terletak kat Lantai 2, Blok B1, No. 25 & 37. Senang cerita, korang boleh nampak sendiri kedai ni dari tempat parking. Ada sangat banyak pilihan kain, warna dan jenama untuk dibuat blazer. Aku pilih warna kelabu gelap. Jenama aku tak kisah tapi yang penting kainnya best. 

Korang boleh tempah blazer termasuk seluar kerja pada harga Rp800k (RM256) atau mungkin lebih murah daripada tu, bergantung kepada negotiation skill korang. Harga ni bergantung gak kat jenis kain yang korang pilih. Sepasang blazer ni boleh siap dalam tempoh 24-36 jam, sangat cepat..! Nak lagi best, diorang akan hantar terus ke hotel pada waktu yang ditetapkan. Terbaek..!

KAIN ELA 

Kedai The Cosmo ada jual kain ela gak. Mama Eta memang bercadang nak beli kain sifon pelabagai warna untuk menjahit tudung. Bagus gak hobi baru tahun 2013 dia ni. Support bini..! Aku pun seronok tengok dia menjahit, rasa kagum pun ada gak. So kalau korang pun mungkin berkongsi hobi yang sama dengan Mama Eta, bolehlah beli kain sifon kat The Cosmo pada harga dari Rp15k (RM4.80) semeter. Murahkan..?

Kedai ni terima bayaran menggunakan kad kredit tanpa caj tambahan. Cuma exchange rate bergantung kepada bank la. Sebagai perbandingan, aku tukar Rp1j pada kadar RM320 tapi bank caj kad kredit pada kadar RM322. Ala, rugi RM2 je pun.

Pembaris ukur kain pun boleh jadi mainan Ziqri
1 done, more to go..~!!
TELEKUNG 

Ada baaaaaaaanyak kedai yang jual telekung kat Pasar Baru ni dan kitorang pilih Loren Collection kat Lantai 1, Blok A2, No. 80. Kenapa kitorang pilih kedai tu..? Sebab supir yang bawakan. Hehe. Kat sini, Mama Eta beli 2 jenis telekung untuk diri sendiri, emak, MIL dll. 

Kalau korang nak jenis yang bersulam penuh pada kain, korang boleh dapat pada harga Rp150k (RM48) sepasang. Kata Mama Eta, harga telekung jenis ni kat Malaysia mau cecah RM200. Berbaloikan..? Jenis telekung yang kedua adalah bersulam keliling dan korang boleh dapat pada harga Rp130k (RM41.60) sepasang.

Telekung Mama Eta pegang tu jenis yang bersulam penuh pada kain


T-SHIRT BANDUNG 

Tak sah rasanya kalau tak beli t-shirt Bandung bila dah sampai sini kan. Supir bawa kitorang ke kedai Ivan Fashion kat Lantai Dasar 1. Ada pelbagai design t-shirt yang ok la. Jenis kain t-shirt tu pun baik, bukan macam kebanyakan t-shirt yang kainnya saaaaangat nipis. Harga dijual mengikut saiz t-shirt. Makin besar saiznya, makin up harganya tapi takde laa terlalu mahal. Kitorang beli 18 helai t-shirt dari saiz S sampailah XXL dan secara puratanya korang boleh dapat sehelai t-shirt Bandung pada harga kurang daripada RM6 sehelai..! Best x..? Kalau best, pergilah borong kat kedai ni. Hehe. 

Oh kat kedai ni gak korang boleh beli oleh-oleh fridge magnet dan keychain yang kualitinya biasa-biasa je. Merata Bandung aku dah pusing mencari fridge magnet yang lebih baik tapi akhirnya kembali ke sini gak untuk beli. Harga dah lupa. Actually ramai je manusia tepi jalan yang jual oleh-oleh tapi sebagai langkah berjaga-jaga, elok dielakkan beli daripada diorang. Urm, selain tu kat airport pun ada jual fridge magnet tapi harganya mahal. 

LAIN-LAIN 

Selain barang-barang yang aku sebut kat atas ni, aku boleh syorkan korang beli anak tudung dan cardigan gak kat Pasar Baru ni. Mama Eta kata diorang jual cardigan pada harga Rp25k (RM8) je. Tapi Mama Eta tak beli sebab dah terbeli banyak kat tempat lain. Rugi sikit. Huhu. 

Handbag pun korang boleh beli kat Pasar Baru. Tapi jangan laa terpengaruh dengan offer Rp50k (RM16) per item sebab lowestestest kualiti. Handbag yang best, standard harganya dalam Rp300k (RM96) ke atas. Mama Eta tak beli sebab yang berkenannya semua harga melambung-lambung. Huhu. 

TIPS: Pastikan korang dah study dan bajet berapa harga barang-barang yang korang nak beli kat Pasar Baru ni. Jadi senang dan jimat masa sebab tak perlu nak ronda seluruh Pasar Baru. Kalau kedai tu dah offer harga yang lebih rendah daripada target korang, beli aje. Kedai lain pun mungkin tawar harga yang lebih kurang. Tips ni sangat berguna khusus buat parents yang bawa infant atau anak kecil yang mungkin cepat penat, mengantuk, menangis, menjerit dll. 

Dari Pasar Baru, kita ke Resto Karamba lak untuk lunch. Next entry... 

Monday, 4 February 2013

Bercuti di Bandung

Assalaaaamualaikum..~!! 

Baru-baru ni kitorang 3 beranak bercuti kat Bandung, Indonesia selama 3 malam 3 hari. Flight kitorang berlepas dari LCCT pada jam 10.00 mlm, 28 Januari. Nak dapatkan tiket murah punya pasal, sanggup ambil flight malam :p Alhamdulillah flight tak delay. Penerbangan ambil masa 2 jam dan kitorang mendarat kat Husein Sastranegara Airport pada pukul 11.00 mlm waktu tempatan. 

Bye Kolumpo, Hye Bandung
Dari airport, kitorang naik taksi ke hotel yang jaraknya lebih kurang 20 minit. Tambang taksi airport kat sini macam dah diseragamkan iaitu Rp45k (RM14.40). Tapi pemandu taksi kitorang minta extra Rp5k (RM1.60) untuk bayaran upah penjaga parking airport. Ok fine.

Kitorang stay kat Banana Inn Hotel & Spa, Jalan Doktor Setiabudi. Antara faktor terpenting kenapa kitorang pilih hotel ni sebab keluasan saiz biliknya pada harga yang munasabah. Faktor ni penting supaya Ziqri ada ruang nak bermain dan berlari, takde laa rasa terkongkong je. Kalau korang nak buat reservation hotel kat Bandung ni, boleh check laman web www.kagum-hotel.com. 

Sebelum ke Bandung, kitorang juga dah booking supir. Biasanya caj untuk servis supir ni adalah Rp400k (RM128) sehari. Tapi korang bolehlah try nego lagi. Macam kitorang, dapat turunkan harga kepada Rp350k (RM112) sehari yang termasuk sewa kereta (Daihatsu Xenia), upah supir dan petrol kecuali bayaran parking. Ok la tu kan. Supir ni penting bagi kitorang sebab keselamatan akan lebih terjamin berbanding taksi dan Angkutan Kota. Selain tu, Mama Eta pun lebih senang dan selesa nak menyusukan Ziqri. 

Sim card Indonesia adalah barang wajib beli supaya aku boleh contact supir dari semasa ke semasa. Aku beli sim card Mentari pada harga Rp2k (64 sen) sahaja. Aku tak tau berapa nilai kredit yang ada dalam tu. Tapi cukuplah untuk aku SMS supir sebanyak 6 kali dan SMS emak kat Malaysia sebanyak 2 kali :) 

Pada hari pertama di Bandung, kitorang ke Pasar Baru untuk shopping blazer, kain ela, telekung dan t-shirt. Sangat berbaloi ye..! Selepas tu kitorang patah balik ke hotel sebab Ziqri dah menangis sebab mengantuk. 

Ziqri ngantuk, letih & tidur
Pada sebelah petang, kitorang lunch masakan Sunda kat Karamba yang terletak di Jalan Sultan Tirtayasa. Kemudian kitorang sambung misi shopping, bermula dengan outlet yang paling dekat iaitu Anakecil dan seterusnya ke Jalan Riau yang bersusun factory outlet macam Heritage, Terminal Tas, The Oasis dan Secret. Dalam perjalanan balik ke hotel, kitorang sempat lagi shopping kat Rumah Mode di Jalan Setiabudi. Memandangkan dah rasa teramat penat, kitorang pun tapau roti dan kek je untuk dinner. 

Esoknya kitorang ke Tangkuban Parahu, kira-kira 40 minit dari hotel. Bayaran naik ke puncak gunung tu untuk orang tempatan adalah Rp13k (RM4.16) manakala untuk warga asing Rp50k (RM16). Tiket masuk kenderaan lak Rp10k (RM3.20). Selepas tu kitorang plan nak petik buah strawberry tapi kecewa je sebab buahnya takde. 

Dalam perjalanan kitorang ke Kampung Daun untuk lunch, kitorang singgah kat Sapu Lidi di Jalan Sersan Bajuri untuk beli chocolate brownies yang SUPER DUPER SEDAP yang korang pun wajib beli. Menyesal beli 1 pax je..! 

Misi shopping diteruskan lagi lepas tu, kali ni bermula kat Bali Heaven di Jalan Pasirkaliki dan disambung kat factory outlet di Jalan Dago iaitu Grande, Jetset, Blossom dan House of Donatello. Oleh sebab hujan dah turun dengan lebatnya, kitorang pun balik hotel. Pada sebelah malamnya, kitorang keluar balik untuk dinner kat Sangkuriang Resto di Jalan Karang Sari dan menamatkan hari ni dengan shopping lagi kat Cihampelas Walk. 

Pada hari terakhir, kitorang terus check out selepas breakfast untuk menyelesaikan misi shopping. Dari Pasar Baru (again), kitorang ke Rumah Tas di Jalan Lembong, Bali Heaven (again), Kartika Sari di Jalan Kebon Jukut dan Jalan Dago (again). Kebanyakannya lokasi yang berulang sebab belum puas shopping. Haha. Hari ni kitorang lunch masakan Padang kat Mitra Sederhana Pasteur di Jalan Pelajar Pejuang. Sedap..! 

Hasil shopping kat Pasar Baru

Hasil shopping kat Anakecil, Jalan Riau dan Rumah Mode

Hasil shopping kat Bali Heaven dan Jalan Dago


Dalam jam 4.15 ptg, kitorang sampai kat Husein Sastranegara Airport untuk balik ke Malaysia. Nasib baik jumlah berat baggage tak extra. Oh jangan lupa untuk bayar airport tax Rp75k (RM24) seorang manakala infant adalah percuma. Flight kitorang berlepas ke Kolumpo pukul 6.30 ptg. 

Bye bye Bandung..! 

p/s: in shaa Allah aku akan cerita lebih detail setiap aktiviti kat Bandung dalam next entry.. 

Monday, 21 January 2013

Happy Birthday Mama Eta

Assalaaaaamualaikum..~!!

Semalam 20 Januari 2013 adalah ulangtahun kelahiran isteri tercinta, Mama Eta. HB..!! Kami sambut secara sederhana je. Biarlah gambar-gambar kat bawah ni yang menceritakannya :)

Eh, ada 20% discount untuk birthday mama rupanya

3D Birthday Card, Ais Krim Tutti Frutti, Red Velvet Cupcake
Sedapnya makan
Mencari baju kurung @ GM Klang
Mencari tudung @ GM Klang
Ziqri & 'mainannya'
Hasil tangkapan
Mama gumbira, Ziqri kepenatan
Pic of the day: I love u both..!

Wednesday, 16 January 2013

Majlis Anugerah Felo INTAN dan Penyampaian Diploma INTAN 2012

Assalaaaamualaikum..~!!

Majlis Anugerah Felo INTAN dan Penyampaian Diploma INTAN 2012 atau secara ringkasnya (pada aku laa) Konvo DPA telah diadakan pada 15 Januari 2013 (Selasa) di Dewan Perdana, PICC. Majlisnya lancar, penuh berprotokol dan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Mama Eta & aku perlu bangun seawal jam 5.30 pagi untuk bersiap-siap. Lebih memburukkan keadaan, aku diserang macam-macam penyakit sehari dan sebelum majlis - 7 x ceri-beri, 3 x muntah & sakit kepala. Ni semua gara-gara perut masuk angin masa raptai Konvo DPA yang dibuat pada 14 Januari.

Kami keluar rumah dalam pukul 6.45 pagi. Anak kami, Ziqri yang sama-sama bangun awal pagi tak boleh ikut sebab penganjur (JPA) tak benarkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun masuk dalam Dewan. Maka menangis-nangislah Ziqri melihat ayah & mama keluar 'berjalan-jalan' tanpa membawa anak tersayang.

Kami sampai di PICC pada jam 7.15 pagi. Kami terus ke kafe PICC untuk menikmati sarapan pagi yang ditaja oleh penganjur. Ada nasi lemak & kuih-muih omputih @ pastries. Memandangkan perut aku yang tak selesa, aku paksa gak diri untuk makan nasi lemak supaya tak masuk angin lagi nanti. Jadi laa.


Selepas sarapan pagi, aku 'bertugas' sebagai Liaison Officer kepada Mama Eta. Aku tunjukkan lokasi Dewan Perdana, pameran, tapak jualan bunga dll. Tak lama lepas tu emak pun sampai. Oleh sebab aku perlu ke Hall 6 & 7 untuk sesi bergambar, jadi aku minta Mama Eta teman mak sarapan pagi kat kafe (tapi aku difahamkan lepas tamat majlis yang nasi lemak dah habis & mak tak berapa suka rasa kuih-muih omputih tu).

Setiap graduan dibenarkan untuk membawa 2 orang tetamu jemputan ke Konvo DPA ni. Jadi aku pilih emak & Mama Eta. Disebabkan arahan penganjur supaya bakal graduan tiba seawal jam 7.00 pagi, maka emak pun mengambil keputusan untuk memandu sendiri ke PICC lewat sedikit. Itu ceritanya.

Aktiviti pertama kami bakal-bakal graduan ni adalah sesi bergambar bersama-sama VVIP mengikut Sidang masing-masing. Selepas sesi bergambar, kami perlu berkumpul di luar Dewan Perdana mengikut susunan tempat duduk masing-masing. Selepas tu, barulah kami masuk ke dalam Dewan, kira-kira dalam jam 9.30 pagi kot (aku tertinggal jam tangan kat rumah dek sebab asyik keluar masuk toilet je).

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti oleh ucapan oleh Pengarah INTAN & ucapan KSN (yang ni lama). Berikutnya adalah penyampaian Anugerah Felo INTAN. Sesi ni pun sangat panjang sebab ada 2 kali ucapan iaitu Ucap Jasa dan Ucap Balas. Selepas tu barulah penyampaian Diploma INTAN yang terdiri daripada 29 penerima Diploma Sains Pengurusan & 429 penerima Diploma Pengurusan Awam.

Sejujurnya, aku tak pernah tau pun yang majlis ni akan ada Anugerah Felo INTAN & penyampaian Diploma Sains Pengurusan. Pada aku, konvo DPA adalah konvo DPA semata-mata. Jadi dalam hati pun memberontak gak, kenapa perlu menyusahkan bakal-bakal graduan yang hendak diraikan sampai nak kena bangun awal-awal pagi & mendengar 4 kali ucapan yang panjang.

Sekarang aku dah boleh terimalah sedikit sebanyak perkara ni. Cuma mungkin boleh dipertimbangkan cadangan penambahbaikan supaya tidak perlu ucapan Pengarah INTAN manakala ucap jasa digantikan dengan montaj sahaja. Pada aku, majlis di Malaysia ni ada terlalu banyak ucapan & mungkin boleh dikurangkan sebenarnya. Bak kata Pengarah INTAN sebelum ni semasa satu program maraton ketika aku DPA dulu, "tuan puan hadir untuk berlari, bukannya hendak mendengar saya berucap pun kan".

Kembali kepada cerita Konvo DPA, kemuncak Majlis adalah pengumuman nama-nama pemenang Anugerah. Ada Anugerah PM (Keseluruhan Terbaik) tapi tiada pemenang, Anugerah KSN (Kepimpinan Terbaik), Anugerah KPPA (Akademik Terbaik), 4 Anugerah Khas PPTD (Kajian Lapangan Terbaik) & Anugerah Pengarah INTAN (Pembinaan Sahsiah Terbaik). As expected, aku xmenang apa-apa. Tahniah kepada pemenang-pemenang.

Selepas majlis tamat kira-kira hampir jam 1.00 ptg, graduan-graduan & ahli keluarga disajikan makanan brunch. Aku tak habis makan sebab masih rasa tak selesa & kurang berselera. Mama Eta hadiahkan aku bunga & coklat, thanks sayang! Kesian kat mak, tak dapat nak luang masa lebih lama sebab aku dah sangat-sangat rasa tak sihat. Mama Eta & aku pun pulang ke rumah terus lepas tu.




  
Sampai kat rumah, kami sempat bergambar dengan Ziqri lak. Selepas tu, aku terus 'pengsan' atas katil. Aku boleh dikatakan tidur je sejak balik rumah sampai keesokan pagi. Bangun untuk solat/mandi/makan je.  6 biji Panadol, ubat ceri-beri, ubat sakit perut, ubat sakit kepala, semua aku telan. Hasrat Mama Eta nak belanja aku makan istimewa sempena hari istimewa aku ni pun tak kesampaian.









Apa pun tahniah kat diri sendiri & kawan-kawan sekonvo. 15 Januari dalam kenangan.

Sekian.

Saturday, 5 January 2013

Emel Terbuka Kepada Utusan - Presiden FAM Sila Letak Jawatan (PFSLJ)

As Salam,

Saya tertarik dengan artikel tulisan En. Ali Mahmood di akhbar Utusan Malaysia pada hari ini (5/1/2013) bertajuk "Desak Presiden Undur Tak Selesai Masalah".

Naib Presiden 1 Pahang FA dipetik berkata, masalah tidak akan selesai jika Presiden FAM berundur. Pihak yang mendesak perlu tampil memberi pandangan. Ramai jurulatih dari luar negara telah dibawa masuk tetapi bola sepak Malaysia masih gagal. Pengunduran Presiden FAM merupakan kerugian kepada bola sepak negara.

Berikut adalah pandangan saya.

Pengunduran Presiden FAM daripada jawatan yang disandang sejak tahun 1984 ini sebenarnya akan membuka laluan kepada lebih banyak penyelesaian masalah dalam bola sepak Malaysia. Harus difahami, peminat bukan hanya mahukan Presiden FAM sahaja yang meletak jawatan. Peminat juga mahu melihat revolusi dalam struktur FAM, pentadbiran Persatuan Bola Sepak Negeri dan sistem pengurusan bola sepak di Malaysia keseluruhannya.

Kami bukan mendesak dengan sewenang-wenangnya supaya Presiden FAM meletakkan jawatan. Kami mendesak ada sebabnya. Kami juga ada idea kami sendiri. Tetapi sejauh mana pula kesanggupan FAM untuk berbincang dengan kami? Apa ertinya pandangan kami jika mereka mengamalkan sikap "FAM Knows Everything"? Hakikatnya isu PFSLJ telah lama dibincangkan di laman sosial, forum, malah ada diterbitkan juga buku mengenainya. Tetapi tidak pernah sekali pun ada pihak media cetak/elektronik arus perdana yang mengangkat isu ini sehinggalah baru-baru ini.

Tidak dinafikan FAM di bawah tampuk Presiden pada masa kini telah menggaji ramai jurulatih dari luar negara untuk menaikkan mutu bola sepak Malaysia. Jozef Venglos (1986-1987), Richard Bate (1988), Trevor Hartley (1989), Ken Worden (1992-1993), Claude Le Roy (1994-1995), Hatem Souisi (1995, 1998), Allan Harris (2001-2004) dan Bertalan Bicskei (2004-2005). Bukan calang-calang orang mereka ini tetapi kenapa bola sepak Malaysia masih gagal? Jawapannya kerana sistem pengurusan bola sepak yang teruk.

Saya tidak rasa pengunduran Presiden FAM sebagai satu kerugian bola sepak negara. Lihatlah dari sudut positif. Pengunduran Presiden akan membuka lembaran baru dalam sukan bola sepak Malaysia. Beri peluang kepada generasi baru, generasi muda yang mempunyai idea segar, generasi berpengalaman dan berpengetahuan, generasi penulis sukan, generasi yang bebas daripada pengaruh politik, generasi bekas pemain bola sepak yang memahami selok belok bola sepak negara, generasi lagenda bola sepak yang diabaikan. Presiden hanya diminta untuk meletakkan jawatan, bukannya dilarang daripada memberi pandangan.

Tunku Abdul Rahman menyandang jawatan Presiden FAM selama 23 tahun (1951-1974). Malaya menjuarai Pestabola Merdeka sebanyak 3 kali berturut-turut (1958-1960). Malaysia juga pernah bergelar juara selepas menewaskan Burma (1968), Kuwait (1973) dan Korea Selatan (1974). Lebih membanggakan, Malaysia pernah memenangi pingat gangsa di Sukan Asia pada tahun 1962 dan 1974. Paling membanggakan apabila Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1972 dan bersaing dengan Jerman Barat serta Maghribi, malah mencatat kemenangan 3-0 menentang Amerika Syarikat.

Tun Abdul Razak menyambung legasi kepimpinan Presiden FAM selama 2 tahun dan berjaya memastikan Malaysia layak buat julung kalinya ke Piala Asia 1976 sejak kejohanan itu kali pertama diadakan pada 20 tahun terdahulu. Malaysia juga menjadi juara Pestabola Merdeka pada tahun 1976 apabila menewaskan Jepun 2-0.

Anak Malaysia berikutnya yang menduduki kerusi panas Presiden FAM adalah Tan Sri Datuk Seri Raja Hamzah dari tahun 1976-1984. Kejayaan diraih juga membanggakan. Sekali lagi Malaysia layak ke Sukan Olimpik dan juga Piala Asia pada tahun 1980.

Selepas itu, bola sepak Malaysia semakin merudum. Sejak 1984 hingga kini di bawah kepimpinan Presiden FAM, kejayaan Malaysia hanyalah menjuarai Pestabola Merdeka selepas menewaskan Czechoslovakia XI (1986), Korea Selatan B-23 (1993) dan Myanmar (2007). Malaysia gagal ke Olimpik. Malaysia gagal ke Sukan Asia. Beraksi di Piala Dunia Remaja 1997 dan Piala Asia 2007 pun hanyalah atas kapasiti tuan rumah sahaja.

Layak ke Piala Dunia pula hanyalah mimpi yang tidak mungkin akan jadi realiti tanpa revolusi dalam FAM hinggalah ke sistem pengurusan bola sepak Malaysia.

Akhir kata, PFSLJ.

Sekian.

Peminat


Friday, 4 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Assalaaaamualaikum..~!!

Dah masuk 4 Januari baru berkesempatan nak ucap Selamat Tahun Baru. Well, busy :p

Mama Eta & aku sama-sama ambil cuti rehat 31 Disember lepas. Jadi kami dapatlah cuti panjang 4 hari dari 29 Disember sampai 1 Januari.

Hari pertama cuti kami tu digunakan untuk bawa keluarga belah Mama Eta jalan-jalan kat Bukit Tinggi, Pahang. Ikutkan ni dah kali ke-3 kot Mama Eta & aku pergi sana bersama-sama. Ziqri 1st time laa. Tempat tu memang cantik untuk ambil gambar. Haha. Ye, kami memang suka bergambar je.

Kami pergi bertujuh. Aku, Mama Eta, Ziqri, MIL, BIL & 2 anak buah. Otw, singgah dulu kat Genting Sempah. Beli makan minum awal-awal. Kalau dah kat atas bukit sana tu baru nak beli, mahal bebenor. Kami berjalan-jalan kat Japanese Tea House, Colmar Tropicale & Rabbit Park. Overall, ada laa dalam 5 jam kami kat sana. Petangnya kembali ke Jenjarom. Malamnya balik Putrajaya.

Hari kedua bercuti, kami 3 beranak + mak aku ke kenduri kahwin. Ada 2 majlis hari tu. Satu kat Setapak, satu lagi kat Sentul. Nak dijadikan cerita, tayar kereta pancit lak masa parking kereta kat Sentul tu. Adoyai. Dejavu tayar kereta pancit sebelum ni. Terus kureng sikit mood. Tak makan, kepala fikir nak buat macam mana. Aku memang loser part nak tukar tayar ni.

Lepas solat Zohor, ada laa pak cik saudara aku yang baik hati ni sudi nak menolong. Alhamdulillah. Aku pun tolong laa gak. Tolong tengok, tolong pegang, tolong cabut. Belajar gak laa. In Shaa Allah dah boleh buat sendiri lepas ni :) Selesai semua tu, kami pun kembali ke Putrajaya dengan kelajuan max 80 km/j je sepertimana yang diarahkan - tertulis kat tayar spare kereta.

Hari ketiga bercuti, aku mulakan hari dengan mencari-cari kedai tayar. Ada 3 kedai yang aku singgah. Saje je nak survey harga. Kajian pasaran laa kononnya. Kedai 1 offer tayar Good Year pada harga RM250. Kedai 2 offer tayar Continental pada harga RM260. Kedai 3 offer tayar Good Year pada harga RM245. So aku pilih kedai mana..? Well, kajian pasaran tak semestinya bersetuju dengan harga paling murah tapi kita pilih berdasarkan kualiti + harga yang optimum. So aku pilih kedai 2 sebab tayar Continental  & sama macam tayar sedia ada kat FoFi. Tukar 2 biji terus. Done.

Petang harinya, kami ke Giant Seri Kembangan. 1st time sampai sini. Saje je datang nak beli barang-barang keperluan. Sambil tu cari-cari mainan untuk Ziqri, nenek nak belanja. Tapi takde yang berkenan di hati. So kami sambung pencarian ke kedai Manjaku kat Bangi. Nak beli basikal, kaki Ziqri tak sampai. Pilih punya pilih, jumpalah mainannya. Beli. Terima kasih nenek..!

Malamnya, kami dinner kat Taman Warisan Pertanian. Saje nak pekena sate. Selain tu beli nasi ayam gak untuk Ziqri. Favourite dia. Cadangnya nak beli Roti John Unan tapi masyaAllah panjangnya orang beratur nak beli. Cancel plan. Malam ambang tahun baru takde maknanya buat kami, tidur awal. Krohhhhh.

Hari terakhir bercuti, kami berjalan kat Mines lak. Ramai gak orang. Parking penuh. Public holiday kan. Mama Eta tetiba dapat ilham untuk hobi baru - menjahit tudung. Jadi Mama Eta pun beli kain ela. Ingat tak dulu aku pernah tulis nak try Durian Pancake kat Sweet Chat Cafe..? Yes, kat Mines ada kedai ni..! Kami pun beli. 3 ketul pada harga RM9++. Mahal. Rasa dia ok laa. Tapi aku masih dengan pendapat old skool, aku tetap lagi suka makan durian biasa :)

Malamnya, kami kembali ke Jenjarom & bersedia untuk kembali bekerja keesokan harinya. Ziqri tidur awal. Mama Eta menjahit tudung. Aku tengok bola. MU menang. Yahoo..!

TAMAT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...