Wednesday, 16 January 2013

Majlis Anugerah Felo INTAN dan Penyampaian Diploma INTAN 2012

Assalaaaamualaikum..~!!

Majlis Anugerah Felo INTAN dan Penyampaian Diploma INTAN 2012 atau secara ringkasnya (pada aku laa) Konvo DPA telah diadakan pada 15 Januari 2013 (Selasa) di Dewan Perdana, PICC. Majlisnya lancar, penuh berprotokol dan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Mama Eta & aku perlu bangun seawal jam 5.30 pagi untuk bersiap-siap. Lebih memburukkan keadaan, aku diserang macam-macam penyakit sehari dan sebelum majlis - 7 x ceri-beri, 3 x muntah & sakit kepala. Ni semua gara-gara perut masuk angin masa raptai Konvo DPA yang dibuat pada 14 Januari.

Kami keluar rumah dalam pukul 6.45 pagi. Anak kami, Ziqri yang sama-sama bangun awal pagi tak boleh ikut sebab penganjur (JPA) tak benarkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun masuk dalam Dewan. Maka menangis-nangislah Ziqri melihat ayah & mama keluar 'berjalan-jalan' tanpa membawa anak tersayang.

Kami sampai di PICC pada jam 7.15 pagi. Kami terus ke kafe PICC untuk menikmati sarapan pagi yang ditaja oleh penganjur. Ada nasi lemak & kuih-muih omputih @ pastries. Memandangkan perut aku yang tak selesa, aku paksa gak diri untuk makan nasi lemak supaya tak masuk angin lagi nanti. Jadi laa.


Selepas sarapan pagi, aku 'bertugas' sebagai Liaison Officer kepada Mama Eta. Aku tunjukkan lokasi Dewan Perdana, pameran, tapak jualan bunga dll. Tak lama lepas tu emak pun sampai. Oleh sebab aku perlu ke Hall 6 & 7 untuk sesi bergambar, jadi aku minta Mama Eta teman mak sarapan pagi kat kafe (tapi aku difahamkan lepas tamat majlis yang nasi lemak dah habis & mak tak berapa suka rasa kuih-muih omputih tu).

Setiap graduan dibenarkan untuk membawa 2 orang tetamu jemputan ke Konvo DPA ni. Jadi aku pilih emak & Mama Eta. Disebabkan arahan penganjur supaya bakal graduan tiba seawal jam 7.00 pagi, maka emak pun mengambil keputusan untuk memandu sendiri ke PICC lewat sedikit. Itu ceritanya.

Aktiviti pertama kami bakal-bakal graduan ni adalah sesi bergambar bersama-sama VVIP mengikut Sidang masing-masing. Selepas sesi bergambar, kami perlu berkumpul di luar Dewan Perdana mengikut susunan tempat duduk masing-masing. Selepas tu, barulah kami masuk ke dalam Dewan, kira-kira dalam jam 9.30 pagi kot (aku tertinggal jam tangan kat rumah dek sebab asyik keluar masuk toilet je).

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti oleh ucapan oleh Pengarah INTAN & ucapan KSN (yang ni lama). Berikutnya adalah penyampaian Anugerah Felo INTAN. Sesi ni pun sangat panjang sebab ada 2 kali ucapan iaitu Ucap Jasa dan Ucap Balas. Selepas tu barulah penyampaian Diploma INTAN yang terdiri daripada 29 penerima Diploma Sains Pengurusan & 429 penerima Diploma Pengurusan Awam.

Sejujurnya, aku tak pernah tau pun yang majlis ni akan ada Anugerah Felo INTAN & penyampaian Diploma Sains Pengurusan. Pada aku, konvo DPA adalah konvo DPA semata-mata. Jadi dalam hati pun memberontak gak, kenapa perlu menyusahkan bakal-bakal graduan yang hendak diraikan sampai nak kena bangun awal-awal pagi & mendengar 4 kali ucapan yang panjang.

Sekarang aku dah boleh terimalah sedikit sebanyak perkara ni. Cuma mungkin boleh dipertimbangkan cadangan penambahbaikan supaya tidak perlu ucapan Pengarah INTAN manakala ucap jasa digantikan dengan montaj sahaja. Pada aku, majlis di Malaysia ni ada terlalu banyak ucapan & mungkin boleh dikurangkan sebenarnya. Bak kata Pengarah INTAN sebelum ni semasa satu program maraton ketika aku DPA dulu, "tuan puan hadir untuk berlari, bukannya hendak mendengar saya berucap pun kan".

Kembali kepada cerita Konvo DPA, kemuncak Majlis adalah pengumuman nama-nama pemenang Anugerah. Ada Anugerah PM (Keseluruhan Terbaik) tapi tiada pemenang, Anugerah KSN (Kepimpinan Terbaik), Anugerah KPPA (Akademik Terbaik), 4 Anugerah Khas PPTD (Kajian Lapangan Terbaik) & Anugerah Pengarah INTAN (Pembinaan Sahsiah Terbaik). As expected, aku xmenang apa-apa. Tahniah kepada pemenang-pemenang.

Selepas majlis tamat kira-kira hampir jam 1.00 ptg, graduan-graduan & ahli keluarga disajikan makanan brunch. Aku tak habis makan sebab masih rasa tak selesa & kurang berselera. Mama Eta hadiahkan aku bunga & coklat, thanks sayang! Kesian kat mak, tak dapat nak luang masa lebih lama sebab aku dah sangat-sangat rasa tak sihat. Mama Eta & aku pun pulang ke rumah terus lepas tu.




  
Sampai kat rumah, kami sempat bergambar dengan Ziqri lak. Selepas tu, aku terus 'pengsan' atas katil. Aku boleh dikatakan tidur je sejak balik rumah sampai keesokan pagi. Bangun untuk solat/mandi/makan je.  6 biji Panadol, ubat ceri-beri, ubat sakit perut, ubat sakit kepala, semua aku telan. Hasrat Mama Eta nak belanja aku makan istimewa sempena hari istimewa aku ni pun tak kesampaian.









Apa pun tahniah kat diri sendiri & kawan-kawan sekonvo. 15 Januari dalam kenangan.

Sekian.

2 comments:

  1. tahniah, zaidi! sama la, pagi tu pun rasa sakit perut je. dlm byk2 time, time tu la dia nk sakit perut kan. haha. time nk lunch, diorang ckp brunch dah habis. senior sebelum ni pun ada cerita yg sama. may be lepas2 ni penganjur kena tambah makanan untuk tetamu.. dan masa raptai pun sama sediakan makanan. kebulur jugak la pukul 2 lebih baru dapat lunch T_Tv

    apapun, those were the happy moments sebab dapat jumpa kawan-kawan and konvo lagi! ingatkan time belajar je dapat konvo ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah gak Wani..!! Bila laa dpt berkumpul ramai2 mcm ni lagi kan? Huhu.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...