Assalaaamualaikum..~!!
Selamat hari Sabtu.
Pagi tadi aku g Klinik Kesihatan Jinjang. Hari ni Mama Eta kena buat on call methadone. Dalam bahasa mudah aku, Mama Eta tengah bagi dadah kepada penagih dadah.
Ada masa terluang ni, aku nak kongsi dengan korang sikit pasal methadone. Tapi aku pakai bahasa mudah je laa, versi bukan orang medical & asalkan boleh faham. Orang medical jangan marah ek kalau aku buat penerangan atau terjemahan ikut bahasa rojak je :p Kalau salah, tolong betulkan :))
Methadone ni sejenis dadah. Rupa dia macam air sirap. Rasa dia aku xtau. Bak kata Mama Eta, methadone ni sekeluarga dengan heroin. Dia xmenyebabkan ketagihan sebaliknya dia membantu hilangkan ketagihan. Harus diingat, aku ulang lagi sekali ni, methadone xkan memulihkan seorang penagih tetapi hanya membantu hilangkan ketagihan. Methadone diberi secara PERCUMA di klinik-klinik kerajaan tertentu (eg. Klinik Jinjang, PKD Kepong, AADK Sg. Besi dll.).
Hilang rasa ketagihan tu dalam tempoh 24 jam je. Means setiap hari diorang perlu amek methadone lagi laa. Insyaallah if diorang ada disiplin untuk ikut arahan yang ditetapkan, amaun methadone yang perlu diambil akan berkurangan dan rasa ketagihan tu pun menurun :))
Ada sorang member tanya, apa jadi kalau orang normal amek methadone tu..? Jawapannya, x ketagih kot. Tapi ada laa side effect dia. Hohoho. Ada bran..? Still nak cuba ke..? Xyah laa, jangan cari pasal..
Otak seorang penagih dadah sebenarnya dah 'rosak'. So akibatnya dia dah xboleh nak sembuh dah ni. Walaupun dia cuba untuk nak berhenti (atau dipaksa untuk berhenti), sebenarnya sangat susah (atau sebenarnya xkan mungkin) untuk dia hilangkan rasa ketagihan tu. Dah la susah, sakit gile lak tu. Seriously sangat sakit der..!! Bila dah desperate nak tahan rasa sakit, tu yang sebabkan diorang kembali kepada DADAH :((
Bagi penagih yang amek heroin, kos untuk amek najis tu adalah RM150 sehari. Dalam masa 24 jam, penagih ni perlu ambil heroin sebanyak empat kali..!! So korang kiralah sendiri berapa banyak duit yang diorang perlukan. Banyak kan..?
Maka timbullah pelbagai masalah sosial dan jenayah. MENCURI, MEROMPAK, MEMBUNUH, MERAGUT, MENCULIK..!! Demi apa lagi kalau bukan sebab $$$ -___-
So atas inisiatif kerajaan, x sure laa plak since tahun bila, pemberian methadone secara percuma kepada penagih diperkenalkan. Mula-mula tu memang dapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuklah JAKIM. Tapi lepas beberapa sesi rundingan & penerangan, akhirnya idea ni pun diterima pakai sampailah sekarang.
Pada aku, sokongan keluarga sangatlah penting untuk menolong penagih-penagih ni hilangkan ketagihan dan menjalani kehidupan yang normal. Sokongan yang aku maksudkan macam tolong hantar dan ambil penagih ni ke klinik, layan dia macam biasa, libatkan dia dengan aktiviti-aktiviti sosial yang baik, dapatkan kerja. Senang cerita, buat dia rasa macam jalani kehidupan yang biasa laa. Faham..? Haha.
So diharap sangat, masyarakat juga dapat terima golongan mangsa najis dadah ni yang berkeinginan untuk kembali ke jalan yang benar. Ye, pastinya bukan semua penagih yang baik macam aku maksudkan tapi for sure masih ada antara mereka yang berniat untuk jadi baik tu :))
So diharap sangat, masyarakat juga dapat terima golongan mangsa najis dadah ni yang berkeinginan untuk kembali ke jalan yang benar. Ye, pastinya bukan semua penagih yang baik macam aku maksudkan tapi for sure masih ada antara mereka yang berniat untuk jadi baik tu :))
******************************
Cerita sampingan, hari ni 5 Mei kan. So genap sudah 8 bulan anak kami, Musyrif Ziqri :))
![]() |
| Dah pandai makan sendiri. Comot..!! |
So itu aje laa untuk kali ni. Wassalam..~














