Monday, 5 March 2012

Musyrif Ziqri, 6 bulan

Hari ni 5 Mac 2012, anak kami genap 6 bulan usianya. Hari ni hari Isnin, 6 bulan lepas pun hari Isnin masa Musyrif Ziqri lahir. Nasib baik my wife ingatkan, kalau x, sure hari ni berlalu macam tu je. 6 bulan dah kitorang bertiga, walaupun hakikatnya diorang lagi kerap tinggal berdua je sebab aku g Kursus DPA. Jom layan gambar-gambar evolusi Musyrif Ziqri dari hari lahir sampailah ke hari ni..

Day 1
1st time gambar bertiga

I love both of u
Day 2 kot - kuar hospital
Jaundice =(
Mama pun tdo hospital =(
Kulit gelap, mata kuning
Ziqri & nenek
Day 41 @ KFC Kluang
Selepas 16 hari terpisah
Day 42 xreti pegang baby lagi
Ziqri melawat klinik Mama
Alololololo
Mandi time!
Happy family =)
Serius
Seronok
Ziqri & Mama @ PUSASDA, PD
Suka mandi
Tengok tv
@ Kenduri kahwin, baru bangun tdo
Happy Birthday Mama
Main iPad dgn ayah, xleh nak rotate gambar
Hensem
Alhamdulillah, syukur sangat-sangat atas kurniaan Allah ni - both my wife & our son =)

-End-

Sunday, 4 March 2012

Aku Kembali Ke Muo

Assalaaaaamualaikum..~!!

Pernah ke aku dok kat Muo..? Kampung aku kat Muo ke..? Jawapannya TAK. 
Adakah Muo itu Muar..? Jawapannya YA.

Haha. Aku sekarang ada kat Muo, tengah buat Modul Kajian Lapangan untuk Kursus DPA. So apa kes tajuk post kali ni "Aku Kembali Ke Muo"..? Sebab kat Muo ni laa dulu isteri terchenta, Mama Eta pernah bekerja & sekali sekala ke Muo ni laa aku g time weekend untuk jumpa Mama Eta. Time tu tahun 2009 - 2010, Mama Eta kerja kat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Laa ni aku kena stay kat Muo selama 10 hari, check in 28 Februari & check out 8 Mac. Hari ni 4 Mac, so baru hari ke-6. Huhu, cepatlah masa berjalan, cepatlah, cepatlah. Bukannya xseronok dok kat Muo ni, best je. Tapi isteri & anak kat rumah lagi aku rindu. Mak pun sama gak.

Welkam to Muo
Since hari pertama kat sini, memang mengimbau gile-gile aa nostalgia dulu. Hahaha. Bila bas yang bawak kitorang pusing sekitar pusat bandar Muo ni, aku tengok balik view kat sini, senyum sorang-sorang. Banyak kisah aku dengan Mama Eta kat sini dulu. If Mama Eta ada, sure dia pun rasa benda yang sama.
Rumah sewa Mama Eta
Wetex Parade: shopping mall paling femes kat Muo
Dataran Tanjung Emas
Kat sini, aku dapat family angkat yang saaaaaaaaaaaaangat baik. Kitorang stay kat Parit Punggur, lebih kurang 15 minit dari Pusat Bandar Muo. Untungnya aku kat sini sebab jiran-jiran pun amek anak angkat, so ramailah geng kat sini - Zailan, Azmi & Imran.

Aku dok kat tingkat atas tu sorang-sorang
Kitorang dok kat Muo ni bukannya untuk makan angin tapi ada misi yang nak kena selesaikan. Apa lagi kalau bukan kajian lapangan. Aku segroup dengan Zaim, Fahmi, Jes, Nisa & Rishah. Tajuk pasal masyarakat & kadar jenayah. So merata gak laa berjalan nak dapatkan info - pejabat daerah, balai polis, Pejabat Perpaduan, kampung dll <--- membohong je dll tu, sebenarnya g 4 tempat ni je. Hahaha.

Taklimat kat pjbt DO. Dah besar nnt nak jd DO x..?
IPD Muo
Kat Balai Raya Kg. Kenangan Tun Dr. Ismail (2) Sg. Abong, xsangka ramai gile org datang

Aktiviti kecik-kecik PTD ikut Mukim, kat SK Sri Menanti
Ada sorang member ni kata, "Muo syurga makanan". Ada sorang member ni lak cakap, "Sejak dok Muo ni, xsempat nak rasa lapar". Hadui, memang betul pun. Macam-macam makanan diorang hidangkan. Xkiralah family angkat sendiri ataupun family angkat orang lain. Asal singgah umah kejap, makan. Singgah sana, makan. Singgah situ, makan. Makan makan makan. Jangan mengeluh, ucaplah Alhamdulillah. Hehe. Sure Mama Eta jeles je, teringin gak laa tu. Insyaallah ada rezeki, ada masa, kita datang Muo ye.

Mee Bandung Muo. Nasi Ayam Penyet, Otak-otak Kempas dll xamek gambo lak :p
Apa lagi mau cerita..? Tu je laa kot. Dah nak kol 2 pagi dah. Esaimen xbuat, tulis blog boleh plak. Haish. Hehe. Tetiba lak line internet baek sangat malam ni, tu yang aku mengarang ni. Ngeh ngeh ngeh. Ok laa, masa untuk shut down. Adios amigos, krohhhhhhhhhhhhhhhhhh...

Sunday, 26 February 2012

Ooo Mak Aii...!!!

Assalaaaaamualaikum..~!!

Haha, aku kembali menulis..!! Lama yang teramat sangat since last time aku mengarang cerita. 7 Januari sampailah ke hari ni, hurm, mau 50 hari gak tu. Kesian korang, sure ternanti-nanti kisah terbaru aku & family :p

So far aku sihat je. Mama Eta pun sihat & bertambah-tambah cantik (pheeewit~!!). Baby Ziqri pun sihat tapi kekadang tu sakit gak macam gatal-gatal, demam, selsema, batuk. Kesian...

Ok sekarang masuk cerita Kursus DPA. Dalam tempoh kehilangan aku ni, aku dah settle 5 modul dalam masa 7 minggu. So jom layan rumusan modul-modul tu berserta gambar-gambar yang terpilih. Hohoho..


1. Modul Disiplin & Ketahanan Diri (Wataniah)

Modul ni kena 4 minggu, dari 9 Januari sampai 5 Februari 2012 kat Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson. Alhamdulillah, henset xkena rampas seperti ramalan awal. Cuma ada gak laa adegan yg xdiingini pasal henset ni time kat sana. Xleh nak cerita, panas sangat. Outing pun dapat gak dua hari, minggu pertama & ketiga. Aktiviti best, menarik. Walaupun ada masalah-masalah kecik tapi kita tutup laa sebelah mata.

wau ta nun ya alih ha

Haruslah botak

Arena & Asrama

Stadi Stado Stido

Exam.. Boleh bincang, xboleh tiru
  
M16

Apa motif?

Lapang Sasar

Smartism

Plak Menembak.. Aku kalah kali ni

Beg besar, bawa masuk medan

Yes, merdeka!!

Serang Hendap

AAAAAAA!!!!!

20 butir peluru sedia untuk ditembak tuan!!
Penat gile buat Persembahan Penutup

Gambar kenangan dengan kenderaan tu

Atas kenderaan tu

Kat pintu kenderaan tu

2. Minggu Refleksi

Cuti..!! Haha. Refleksi ni ibarat minggu cuti utk kitorang semua. Diberi pelepasan selama seminggu tapi pada masa yang sama ada laa assignment yang nak kena siapkan. So pandai-pandailah kena bagi masa kan. Aku & family spent 2H1M kat Cameron Highlands. Percutian pertama since Ziqri lahir. Cerita lagi detail, korang boleh baca kat SINI.


3. Modul Keselamatan & Pertahanan Negara

Hambar. Kelas. Xde cerita & xde gambar pun.

4. Modul Hubungan Antarabangsa & Hal Ehwal Luar Negeri

Modul ni best gak. Dalam tempoh seminggu tu, dua hari pertama buat kelas kat Institute of Diplomacy & Foreign Relations (IDFR) Malaysia. Ada gak diselitkan slot executive talk by Tun Dr. M. Then penghujung modul, kitorang g Singapore utk study visit ~ Suruhanjaya Tinngi Malaysia @ Singapore & Civil Service College Singapore.

IDFR

Xtau nak tulis apa
 
Talk by Tun Dr. M

Sonok sakan nak g obesi

Mcm best je keje kat sini

Next station, CSC (bukan SCS ye)

Bgnn CSC yg menarik

Tingginya aku / tinggikah aku?

Signboard pun jadi laa, nampak style Singapore tu..

50 dollar = RM120

Lupa nama bgnn tu..

Pose wajib

Eskrim Eskrim

Singa kecik

G Singapore, beli perfume je le
So after this tinggal 5 minggu je lagi nak habis DPA. 3 minggu utk Kajian Lapangan & 2 minggu utk minggu sintesis. Good Luck Jedeh..!!

Saturday, 7 January 2012

Wataniah? Huhuhu...

Assalaaaamualaikum..~

Hari Isnin minggu depan, aku dah nak g modul Wataniah. Modul ni dibuat kat PUSASDA, Port Dickson. 4 minggu der, 9 Januari sampailah 5 Februari. Sepanjang tempoh ni, dengar cerita, no henset, no laptop, no no no. Huhuhu...

Putrajaya - PUSASDA : 84 km, 67 minit

Siang tadi aku g usha Kem tu dengan Mama Eta & Baby Ziqri. Xsusah sangat nak cari. Saje je tengok jalan, nak ajar Mama Eta. Manalah tau kan, kalau terbuka hati diorang, bolehlah dibenarkan family datang melawat time aku berkursus ni. Jumpa 3 jam pun jadilah daripada xdapat jumpa langsung kan. Huhuhu...

PUSASDA

Latar Tempat: PUSASDA
Esok, hari Ahad, aku dah mesti kena ada kat INTAN BK sebelum kol 10 mlm. Means, 9 mlm aku dah nak kena gerak dari Jenjarom. Bye Mama Eta.. Bye Baby Ziqri. Huhuhu...

Huhuhu...

Wassalam..

Sunday, 1 January 2012

Tahun 2011 Tamat Dengan Kekecewaan.. Tahun 2012 Mula Dengan Cabaran..!!

Assalaaaaamualaikum~

Semalam, tahun 2011 aku tamat dengan penuh kekecewaan. Tahun 2011 patut jadi tahun yang paling menggembirakan sebab pada tahun ni laa aku kahwin, aku dapat anak, tapi berakhir dengan penuh kekecewaan. Punoh. Hancus. Luluh. Cekewa. Kenapa? Sebab MU kalah game malam tadi. Adoyai~

Birthday Boy xdapat hadiah

Ok, start cerita utk tahun 2012 lak. Aku pun xnampak lagi mana hala tuju hidup aku utk tahun ni. Adoi, teruknya. Cuma apa yg pasti, 3 bulan pertama utk tahun ni, aku akan luangkan masa untuk tamatkan Kursus DPA. Woah, 13 minggu dah berlalu & ada lgi 13 minggu lagi nak habis..!! Kemon Jedeh!! Baki 9 bulan lagi,  aku mungkin akan balik ke MOSTI atau mungkin gak pindah ke tempat kerja yg baru. Allah je yg tau.

Sekarang meh aku merajinkan diri sikit utk type jadual keseluruhan Kursus DPA aku ni utk tatapan korang :p

1. Integrasi Kumpulan / Kenegaraan
2. Pentadbiran & Pembangunan Wilayah
3. Pengurusan Kewangan
4. Pengurusan Majlis
5. OBS
6. Kepimpinan Integrasi
7. Pengukuhan Bahasa
8. Pengurusan Sumber Manusia & Organisasi
9. Perancangan & Pentadbiran Sosial / Infrastruktur
10. Pengurusan Ekonomi
11. Pengurusan Bencana & Ketenteraman Awam
12. Pengurusan Teknologi Maklumat & Komunikasi
13. Metodologi Penyelidikan
14. CSR
15. Disiplin & Ketahanan Diri (Wataniah) - 4 minggu
16. Refleksi
17. Keselamatan & Pertahanan Negara
18. Hubungan Antarabangsa & Hal Ehwal Luar Negeri
19. Kajian Lapangan - 3 minggu
20. Minggu Sintesis - 2 minggu

So 13 modul dah habis & baki ada lagi 7 modul. Kemon Jedeh!!

Modul pertama untuk tahun 2012 adalah CSR - Community Social Responsibility. Aku ditempatkan kat Rumah Seri Kenangan, Cheras. Aku pun xpasti apa kerja2 yang aku kena buat kat sana nanti. Mungkin jgk aku akan kena mandikan pakcik2 kat sana. Hurm, xmampu den. Sedangkan anak sendiri pun aku xpernah mandikan. Huhu. Tugas aku start esok. Esok? Yup, esok..! 2 Januari..! Selamat tinggal hari cuti~

Kali terakhir aku g sini, hampir 20 tahun dah

Sempena modul CSR ni, semua peserta dapat pelepasan selama seminggu untuk keluar dari Kampus INTAN BK. Ada yang balik dok dgn family, ada yang dok dgn parents, sdare mare, tumpang umah kawan2 & ada gak yg stay kat INTAN. Ikut pilihan masing2. Aku of cos laa balik rumah Putrajaya :)

Masa seminggu ni, kena hargai masa yg ada sepenuhnya dgn family. Kenapa? Sebab lepas modul CSR ni adalah modul Wataniah. 4 minggu tu der, 4 minggu!!! Nak lagi tambah perisa, dengar cerita xleh pakai henset sepanjang modul Wataniah. Pergh, kalu betullah apa yg aku dengar ni, dugaannya...

Itulah yang aku maksudkan, tahun 2012 aku bermula dengan penuh cabaran... & dugaan..

Huhuhuhuhuhuhuhuhu, sekian je laa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...