Saturday, 4 May 2013

Kompang X-ray

Assalaaaamualaikum..~!!

Semalam aku telah melepaskan gian untuk bermain kompang apabila sebanyak 13 buah Kompang X-ray telah dihantar ke pejabat aku. Mesti korang pelik kan apasal nama dia Kompang X-ray. Yup, tak lain dan tak bukan sebab kompang ni diperbuat daripada filem X-ray..!

Kompang X-ray ni dicipta oleh Encik Suman bin Ahmad yang berasal dari Melaka. Idea untuk mencipta Kompang X-ray muncul apabila dia selalu sangat keluar masuk hospital disebabkan sakit dan setiap kali keluar hospital, mesti akan dapat filem X-ray. So daripada dia buang je filem X-ray tu, lebih baik dia kitar semula kepada sesuatu yang berfaedah :)

Antara kelebihan filem X-ray ni berbanding kulit lembu adalah ia lebih mudah diperoleh dan harganya percuma (recycle je kan). Proses penyediaan kompang pun jadi lebih mudah sebab jika menggunakan kulit lembu, perlu ambil masa untuk diproses/ dikeringkan.

Berbalik kepada cerita asal pasal aku main kompang kat pejabat semalam. Memandangkan nak main kompang ni tak boleh main sorang-sorang, aku pun mengajak dan mengajar laa kawan-kawan sepejabat. Ajar je biasa-biasa pukulan kosong - sifir 9,7,9,7,9. Asal dapat je bunyi dia, kita layan..! Ok laa, SUB gred Jusa C pun join :p Inovasi Yo..!

Pak Pak Bum Bum


Mengimbas balik penglibatan aku dalam dunia kompang. Kali pertama aku main kompang time belajar kat UM. Aku join Festival Seni dalam acara kompang pada sesi 04/05, 05/06 dan 06/07. Selain tu, kumpulan kompang kitorang yang juga dikenali sebagai Gema Astar pernah gak dapat jemputan untuk bermain kat Majlis Perkahwinan dan acara rasmi. Terbaek..!

Selepas berehat selama hampir 5 tahun, aku kembali berpeluang untuk main kompang semasa kursus DPA. Masa tu ada acara Majlis Perasmian Modul Program Penempatan Daerah kot sekitar bulan Februari 2012. Aku berpeluang untuk kongsi pengetahuan dan pengalaman bermain kompang dengan kawan-kawan seDPA. Oleh sebab persembahan kitorang yang nampak macam hebat, kitorang dijemput lagi untuk bermain dalam 2-3 acara lain semasa DPA.

Kesimpulannya main kompang memang best..! =)

4 comments:

  1. salam,,,, ley bagi taw x kat mne nak dpat kompang nie....
    ley sent kat saya,,, zulfadli 0196953748,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. As Salam. Kompang ni boleh dapat kat Galeri Kompang X-Ray, Kampung Bukit Larang, Teluk Mas, Melaka.

      Delete
  2. salam.. boleh bagi no telefon atau email untuk supplier yg jual kompang x-ray ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh contact Yayasan Inovasi Malaysia (YIM)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...