Thursday, 4 July 2013

Pindah Rumah

Assalaaamualaikum..~!!

Korang biasa pindah rumah..?

Rumah pertama aku apabila lahir kat muka bumi Allah ni pada bulan Disember 1985 adalah di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Ayah merupakan pegawai DBKL pada masa tu dan melayakkannya untuk menetap kat situ. Aku tak pasti samada rumah tu diklasifikasikan sebagai kuarters atau tidak. Tapi apabila ayah meninggal dunia pada bulan Januari 1987, aku dan emak terpaksa berpindah keluar. Emak pernah cakap kalau umur emak/ayah (aku tak ingat yang mana satu) pada masa tu dah cecah 30 tahun, bolehlah nak beli rumah tu. Sayangnya, syarat tak dapat dipenuhi.

Kemudian, aku berpindah ke kampung belah emak kat Masjid Tanah, Melaka. Aku tinggal bersama atuk, nenek, ibu saudara dan sepupu. Sebenarnya aku pun tak berapa ingat siapa lagi yang ada kat kampung masa tu sebab dah lama sangat. Dalam masa yang sama, emak tumpang rumah kakak dia kat Petaling Jaya sebab emak masih bekerja kat KL. Pada setiap hujung minggu, emak akan naik bas Jebat Ekspres untuk balik kampung. Seingat aku, atuk akan bawa aku ke pekan setiap hari Sabtu untuk menjemput emak. Emak tak berani nak drive kereta jauh-jauh ni.

Pada tahun 1990 kalau tak silap, rumah yang emak beli kat Danau Kota, Setapak dah siap dan boleh diduduki. Aku ingat lagi, kebanyakan barang-barang rumah dipindahkan dari kampung ke rumah baru kitorang menggunakan trak askar. Pandangan aku sebagai seorang budak kecil waktu tu memang kagum laa, nampak macam kool je. Dalam hati aku, teringin sangat nak duduk dalam timbunan barang-barang tu. Haha.

Setelah Putrajaya dibuka dan kebanyakan pejabat-pejabat Kerajaan dah dipindahkan ke sini, emak berjaya mendapatkan kuarters di Presint 16. Kitorang berpindah masuk ke sini pada tahun 2001. Pada masa tu, aku masih bersekolah tingkatan 4 dan tinggal di asrama. Selepas tamat sekolah, aku merantau pula ke Pulau Pinang untuk pengajian peringkat Matrikulasi selama setahun dan 4 tahun lagi di Universiti Malaya. Maka, kadang-kadang je laa aku balik rumah. Ketika zaman bekerja di NRE, JKR dan MOSTI, aku meluangkan lebih banyak masa dengan rumah Putrajaya ni :)

Selepas berkahwin, aku dan Mama Eta masih menetap di rumah Putrajaya. Walau bagaimanapun, kitorang 'berpindah' ke rumah MIL aku kat Jenjarom, Kuala Langat selepas kelahiran Ziqri sebab kakak Mama Eta sudi menjaga Ziqri. Sejak tu, rumah Jenjarom dah jadi rumah weekdays kitorang dan rumah Putrajaya pula menjadi rumah weekend.

Sedar tak sedar, bulan ni emak akan berpencen dah. So secara automatiknya, kitorang akan berpindah pula dari Putrajaya selepas hampir 12 tahun menetap kat sini. Banyak kenangan dengan rumah tu =/ Permohonan aku untuk mendapatkan kuarters masih belum tiba gilirannya. Rayuan aku untuk sambung menetap kat kuarters emak pun dah ditolak. Mungkin Allah dah tetapkan rezeki buat mereka yang lebih memerlukan kuarters ni.
Gambar Hiasan
Jadi sementara menunggu rumah yang kitorang beli kat Jenjarom siap (dijangka siap selewat-lewatnya bulan Januari 2015), maka kitorang akan berpindah lagilah nampaknya. Semoga segala urusan pindah rumah kami sekeluarga selepas ni dipermudahkan olehNya.

Amin.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...