Tuesday, 26 July 2011

Happy Birthday Emak..!!

Selamat Hari Lahir yang ke-54 Emak
Rahmah Bt. Hj. Ab. Manaf
26 Julai 2011

Singapura - Februari 2007
Majlis Konvokesyen - Ogos 2008
Hari Raya - Syawal 2008
Putrajaya - Mac 2009
Majlis Pertunangan - April 2010
Majlis Perkahwinan - Januari 2011
Umrah - April 2011

Adi Sayang Emak ;)

Monday, 25 July 2011

Menjelang Perlawanan Malaysia – Singapura, 28 Julai (Khamis), SNBJ

Semua orang dah tau team bola Malaysia kalah lawan Singapura Sabtu lepas (23 Julai) dengan jaringan gol 5:3. Perlawanan timbal balik akan diadakan pada Khamis ni (28 Julai) kat Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Harimau Malaya masih ada peluang untuk ke pusingan seterusnya, dengan syarat kita kena menang sekurang-kurangnya dengan kelebihan 2 gol + Singapura x score lebih daripada 2 gol. Cth:- Malaysia menang 2:0, 3:1 atau 4:2.

Kalau main kat Stadium Jalan Besar kita boleh score 3 biji, main lawan Liverpool kat SNBJ pun kita boleh score 3 biji, belasah Indonesia kat SNBJ time final Piala AFF pun 3 biji, insyaallah ada rezeki Harimau Malaya Khamis ni.

8 gol dijaringkan pada hari Sabtu lepas oleh 6 orang yang berbeza. Gol2 Malaysia dijaringkan oleh Mohd Safee Mohd Sali (27 thn, asal: Kajang) & Abdul Hadi Yahya (26 thn, asal: Klang). Sementara gol2 Singapura dijaringkan oleh Aleksandar Đurić (41 thn, asal: Bosnia), Qiu Li (30 thn, asal: China), Fahrudin Mustafić (30 thn, asal: Serbia) & Shi Jiayi (27 thn, asal: China).

Ramai penyokong Malaysia yang tak puas hati sebab pasukan Singapura dibarisi oleh ramai pemain2 ”import”. 5 daripada 11 pemain Singapura hari tu adalah pemain “import” & semua gol Singapura dijaringkan oleh pemain2 “import” ni..!! Tapi kita xboleh jadikan itu alasan lagi. Singapura dah bagi kerakyatan untuk semua pemain “import” tu secara sah. So korang menganjinglah Singapura tu macam mana sekalipun, kita tetap dah kalah. Cuma dari aspek maruah & patriotisme, kita bolehlah nak bangga.

Banner Fans Malaysia Sebelum Kena Rampas Dengan Polis Singapura



Bila team Malaysia kalah, ramai yang mempersoalkan taktikal jurulatih, Datuk K. Rajagobal. Aku pun bengang gak dengan defence pasukan negara (tapi malas nak bising banyak laa). Ada yang kata Sharbinee xpatut main, Khairul Fahmi lagi bagus. Padahal time kena belasah dengan Liverpool, korang kutuk gile2 KFCM xde satu save pun. Ada yang kata Muslim Ahmad & Fadhli Shas x sebagus gandingan Norhafiz Zamani Misbah & S. Subramaniam. Padahal time menang Piala AFF hujung tahun lepas, budak2 ni laa yang main mantap kat barisan pertahanan. Ada yang kata Amirul Hadi patut main dari mula, bukannya Ismail Faruqi / Fakri Saarani. Padahal... entahlah kenapa Amirul Hadi xmain dari awal..?? X fit kot...



”Semua orang boleh menyatakan pendapat mereka masing-masing. Itu terpulang pada mereka….. Kita mungkin boleh mendapat 80,000 pendapat berbeza daripada 80,000 orang yang datang menonton sesuatu perlawanan….. Sebagai jurulatih, saya lebih tahu kemampuan pemain saya sendiri”
Datuk K Rajagobal


So menjelang perlawanan Malaysia – Singapura hari Khamis ni, jom kita 100,000 rakyat Malaysia penuhkan SNBJ..!! Kalau tiket bola lawan Arsenal, Liverpool & Chelsea yang berkali-kali ganda mahalnya korang mampu beli, apa sangatlah nilai tiket perlawanan ni - RM50 (Pentas Utama), RM30 (Terbuka) & RM5 (Kanak2 bawah 12 thn). Tapi kalau dah memang xboleh nak pergi stadium gak pun xpe, kita boleh bagi sokongan kat depan tv (mesti ada live kan?)
  

Stadium Penuh, Ultras Mengilai
Malaysia Rempuh, Singapura Terkulai


Good Luck Malaysia..~!!

Friday, 22 July 2011

Kena Marah Dengan Doktor

Mama Eta kena marah dengan doktor time check up tadi sebab berat badan naik mendadak, 6kg dalam masa sebulan..!!


Iye dong, tu laa yang jadi kat hospital tadi. Nak kata kitorang tergezut dengan berat badan Mama Eta yang terkini tu, xde laa nak tergezut sangat. Sebab dah timbang berat kat rumah, so dah nampak kenaikan berat tu awal2 lagi.

Cuma moral Mama Eta memang jatuh menjunam laa. Bukan dia makan banyak2 sangat pun. Breakfast & lunch pun makan roti je setiap hari bekerja. Ye, roti aje. Kalau makan roti pun dah naik 6kg, xkan Mama Eta xboleh nak makan apa2 langsung untuk elakkan berat badan naik lagi dengan sangat banyak..?? Kesian kan..

Doktor tadi bukanlah marah level tengking2. Bahasa dia baik je, cuma ada laa nada tegas tu sikit. Doktor kata, sepatutnya kena naik dalam 1 - 1.5kg je setiap bulan. Tapi untuk kes Mama Eta ni dah naik sampai 4 - 6 kali ganda daripada normal. Xbagus Xbagus..

So apa sebabnya berat badan Mama Eta ni naik banyak sangat? Fikir punya fikir, kitorang rasa mungkin disebabkan benda2 ni:
  • Roti - kalori roti pun agak tinggi;
  • Coklat - Mama Eta suka makan coklat setiap petang lepas balik kerja;
  • Susu Anmum - ada orang kata Susu Anmum menggemukkan;
  • Ubat Obimin - ada orang kata ubat Obimin menggemukkan;
  • Banyak tidur - mungkin gak, dah penat kerja, zzz laa jawabnye.

Mungkinlah betul semua faktor ni menyumbang kepada pertambahan berat badan Mama Eta. Walaupun setiap faktor tu cuma menyebabkan pertambahan sikit2 je tapi bila dah dicampur semua faktor tu, makin besar laa kesannya kan. Bak kata2 klasik, sikit2 lama2 jadi bukUit~

Insyaallah mulai minggu depan, roti akan diganti dengan sup. Kena rajin nak masak laa. Coklat pun Mama Eta xleh makan lagi. Mampu ke? Makanan favourite dia tu. Hehe. Insyaallah boleh, aku mesti support Mama Eta. Bulan Ramadhan pun dah dekat, sepuluh hari je lagi. Minta2 supaya berpuasa dapat membantu mengawal kenaikan berat badan Mama Eta. Aminnn..



Selesai semua urusan kat hospital, kami pun beredar menuju ke McDonald's berhampiran untuk makan malam =)

Nota: Gambar scan baby, lenkali punya post baru aku tunjuk..

100 Hari Lagi



Yezza..!! Alhamdulillah, insyaallah tepat 100 hari lagi baby akan lahir. Doktor target Mama Eta untuk deliver pada 30 Oktober. Tapi kalau dah ditakdirkan baby akan keluar lebih awal atau lebih lewat, tu semua kuasa Allah, aku terima je =)

Teringat balik masa awal2 kahwin dulu, aku & Mama Eta masing2 teringin nak baby lahir pada bulan yang sama dengan birthday kitorang. Aku nak bulan Disember, Mama Eta nak bulan Januari. Tapi Allah Maha Adil, kitorang dua2 pun xdapat apa yang kitorang impikan. Haha.

Pernah gak aku terfikir, kalau baby lahir bulan November pun menarik gak. Sebab tarikh bulan 11 ni cantik2. Contoh macam 1.11.11 & 11.11.11. Date 1 Nov tu macam ada can lagi tapi 11 Nov tu macam dah tersasar jauh sangat. Haha. Xpe laa, tarikh lahir cantik atau tak, bukannya satu kepentingan pun. Apa yang penting, semoga baby kitorang tu selamat keluar & sihat walafiat.

Insyaallah malam ni kitorang akan g Hospital Bersalin Razif lagi untuk Mama Eta nak buat check up. Pengajaran daripada check up bulan lepas, kitorang WAJIB remind doktor untuk print gambar scan baby tu. + malam ni aku nak minta doktor check lagi sekali jantina baby. Bukan xnak percayakan doktor bulan lepas, cuma untuk kepastian ;p (padahal dalam hati berdebar2 sebab dah shopping macam2 barang baby warna biru). Cerita pasal hasil check up ni, aku tulis minggu depan je laa kot. Sebab nak kena scan dulu gambar baby kat ofis.

OK, Assalamualaikum..~!!

Wednesday, 20 July 2011

Jaga Hati Semua Orang

Mampu ke kita nak jaga hati semua orang? Jaga hati ni ibarat kita perlu jadi seorang yang perfect di mata setiap orang yang kita kenal tu. Perkataan semua orang pun dah menunjukkan maksud ramai. Manusia yang ramai ni lak macam2 sikap & perangai dia. So mampu ke kita nak jaga hati semua orang ni?


Ada orang yang sikapnya suka untuk membantu & memberi nasihat tapi cara percakapan & lenggok bahasa dia agak kurang menyenangkan. Ada orang yang sikapnya sensitif, kalau kita silap sikit (secara lisan / perbuatan), habislah. Ada orang yang tahap kesabarannya tinggi tapi sabar tu pun ada batasnya. Ada orang yang suka menyibuk, mungkin dia rasa apa yang dia buat tu sebagai satu tanda sokongan pada kawan dia. Ada orang yang bersikap batu api, mungkin dia rasa seronok & puas dengan perbuatan dia tu. Ada orang yang suka berjenaka tapi bila masalah kawan dijadikan bahan lawak, itu tak lawak der.



Bila kita dah tak mampu nak jaga hati orang, mulalah ada yang terasa, tersinggung, marah, sedih, kecewa, terkejut, terguris, terkesima. Tapi mungkin jugak ke ada yang gembira? Wallahu a’lam, Allah lebih mengetahui.

Thursday, 14 July 2011

Exam Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

Lately ni ramai kawan2 Facebook yang tulis kat status diorang pasal Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Xkiralah samada yang tengah tunggu result interview / PAC /exam ataupun yang baru kena panggil amek exam. If aku xsilap, rasanya result interview PTD yang latest akan keluar 18 Julai (Isnin). Good luck lah Izzati, Aroof dll. Pasal exam PTD lak, dengar cerita 16 Julai (Sabtu) ni kan..? Good luck gak laa aku wish kat semua.

Memandangkan ramai kawan2 yang tau aku ni keje PTDeh, so ramai laa yang bertanya kat aku tips2 nak jawab exam PTD ni. Semua yang tanya tu, aku akan bagi standard answer & tips. Actually ayat ni aku copy paste je drpd nasihat Kak Zetty kat aku time aku nak amek exam PTD tahun 2008 dulu. Alhamdulillah, dgn tips ni (+ rezeki drpd Allah), sekali exam je aku dah lulus. So aku rasa, ada eloknye gak aku turunkan kepada kawan2 yang akan amek exam PTD ni gak. Nah bacalah..:

If ade buku msia kita, bace la yang bahagian kerajaan malaysia
parlimen, kabinet, menteri2, pertubuhan2...basically bout msia gov

essay buat betul2
yang penting kene banyak substance.
Better every point bagi contoh.
point tu mesti clear
alaa...mcm essay spm
but try to show ur maturity in the essay
think outside of the box
it  can be any issue.

bace paper esp since a yr ago. bace bout sports...mcm best player world cup....national sprinter zaman dulu n skang....basikal...walkathon...gimnast....anybody yang star dalam sports dulu n skang.

English comprehension....read the questions first then read the paragraphs
if bace paragraphs dulu, mase x sempat
yg penting kejar masa.

Lastly, all d best n do well
i strongly believe u can pass the exam ;-)


Baru2 ni aku ada persoalkan kat Facebook, kenapalah korang semua nak jadi PTD..? Well, aku cuma bertanya. Soalan ni pun antara favourite soalan interviewer nanti. Kenapa nak jadi PTD? Sure macam2 jawapan akan muncul. Ada yang akan jawab sebab parents suruh, ada yang kata jiwa dia lagi sesuai dengan kerja2 management, ada gak yang akan kata nak relax goyang kaki keje gomen.



Actually aku bukan xbagi korang jadi PTD tapi aku lagi suka nak galakkan korang yang belajar dari bidang2 yang kritikal macam engineering, law, medic, archi dll untuk kekal dalam bidang masing2. Bagi aku, siapa2 pun boleh jadi PTD tapi xsemua orang layak jadi Engineer, Lawyer, Arkitek & orang dalam bidang perubatan ni. Pape pun, tu cuma pandangan aku je. Xde paksaan. Hehe. Rezeki masing2 kan. So all the best semua..!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...