Friday, 19 August 2011

Scan Baby Kali Ke-7, 19 Ogos

Ye kot, kalau xsilap ni dah masuk kali ke-7 kitorang g scan baby + Mama Eta wat check up. Kalau nak diikutkan pengiraan Babystrology.com, baby dalam perut Mama Eta dah 208 hari dalam kandungan & tinggal 72 hari je lagi nak lahir.

Sepanjang bulan Ramadhan yang teramat mulia ni, waktu kerja aku & Mama Eta pun bertukar. Mama Eta habis kerja kol 4.30 ptg, aku lak amek WP2 - balik kol 5.00 ptg. So kali ni, kitorang gerak agak awal gak laa dari Putrajaya ke Hospital Bersalin Razif. Tambah tolak traffic jam dll, kitorang sampai Klang kol 7.00 mlm. Sedang eloklah dgn plan kitorang, nak check up before buka puasa.

Amek iktibar drpd apa yang jadi masa check up bulan lepas, waktu tu Mama Eta kena tegur dengan doktor sebab berat badan naik 6kg dalam sebulan. So sepanjang 4 minggu ni Mama Eta buat yang terbaik untuk control kenaikan berat badan dia. Target nak turunkan berat badan, atau paling cikai pun nak maintain laa, xnak naik langsung.

So kat hospital tadi, bila ditimbang berat badan Mama Eta, turun 0.5kg..!! Haha. Tersenyum lebar bini aku. Macam2 faktor boleh dikaitkan dalam proses nak control berat badan Mama Eta ni. Antaranya:

  • Stop amek Obimin, gantikan dengan Folic Acid + B Complex + Ferrous;
  • Stop minum Susu Anmum, gantikan dengan susu coklat Dutch Lady. Lagi sedap! Aku pun boleh curi2 minum;
  • Berpuasa. Alhamdulillah, Mama Eta xmiss satu hari pun lagi puasa tahun ni.

Tapi kan, ibu mengandung xdigalakkan sangat untuk diet. Org kata xelok. Tapi untuk kes Mama Eta, xdikira sebagai diet mengurangkan makan pun kan. Dia cuma mengelakkan apa yang orang ramai kata jadi punca kenaikan berat badan ibu2 mengandung je. Hehe

Cerita pasal check up tadi, kitorang dapat jumpa dengan doktor favourite Mama Eta. Doktor ni jenis yang bagi penerangan sangat baik, scan baby secara detail + dari pelbagai angle & ada naluri keibuan. Kelemahan dia cuma gambar scan yang dia print xclear. Haha. Tapi sampai ke hari ni kitorang xtau2 lagi nama dia.

Hasil scan, segalanya ok. Bibir xsumbing, air ketuban normal, saiz kepala just nice, tumbesaran otak baik, berat baby 1.3kg, buah pinggang cantik. Position baby sekarang dah terbalik, kepala bawah, kaki atas. Dah gaya macam nak keluar. Gaya je laa, belum nak keluar pun lagi. Then borak2 dengan doktor, dia xde pun komen pasal berat badan Mama Eta turun, so ok laa kot. Cuma dia sebut pasal air kencing kotor sikit tapi tu normal untuk orang yang berpuasa sebab kurang minum air. 

Korang nampak apa yang aku nampak?


So tu je laa ceritanya. Next check up, 2 minggu lagi (1st week Hari Raya). Mencabar tu. Control makan, control, control.

Ok guys, thanks for reading. Assalamualaikum..!!

4 comments:

  1. Jedeh, baby hang dalam usia 7 weeks 5 days berapa measurement dia? nak tnya untuk buat compare

    ReplyDelete
  2. Kalau xsilap, masa dia 7 minggu 6 hari, tinggi/panjang dalam 13.9mm. Aku xberapa sure sebab info tu aku ambil drpd gambar scan. Aku assume figure 13.9mm tu tunjuk measurement baby laa..

    Kau boleh check kat post aku pasal scan baby bulan Mei lepas: http://ahmadjedeh.blogspot.com/2011/05/scan-baby.html

    ReplyDelete
  3. salam, nk tanye berape charge buat detail scan kt razif?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, tak pasti laa. Memang ada plan nak buat detail scan hari tu. Tapi belum sempat buat, Ziqri dah lahir. Haha.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...