Sah, aku akan g Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) mulai 1 Oktober ni hingga 31 Mac tahun depan..! Bila dikira dengan jari jemari betul2, tempoh kursus ni adalah selama 6 bulan (batch sebelum ni 7 bulan). So jimatlah satu purnama.
Bagi sape2 yang xtau, meh aku bagitau. Sape2 yang keje Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) wajib pergi & lulus Kursus DPA bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan. Perkara ni dengan sejelas2nya dah dinyatakan kat Deskripsi Tugas PTD dalam website Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
| "Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD dan mereka yang lulus akan menghadiri ‘Assesment Centre' di INTAN. Hanya calon yang melepasi ‘Assesment Centre' itu akan ditemu duga. Calon-calon yang berjaya dalam temu duga dan diluluskan oleh Suruhanjaya untuk perlantikan ke jawatan PTD Gred M41 dikehendaki mengikuti latihan Diploma Pengurusan Awam di INTAN dan lulus latihan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan." |
Apa keJEDEHnye pulak pengesahan dalam perkhidmatan..? Secara jujurnya aku pun xfaham sangat. Selama ni bila sebut pasal sah perkhidmatan, aku cuma faham yang pengesahan tu dah melayakkan aku untuk:
- buat pilihan samada nak amek pencen / KWSP;
- dah boleh buat govt loan; &
- dah bersedia untuk naik pangkat bila2 masa.
Macam tu je la pemahaman aku. Tapi demi nak explain kat korang, aku pun Google & jumpalah sedikit maklumat yang bolehlah nak tolong explain. Mengikut Surat Pekeliling SPA Malaysia Bil.3 Tahun 2011, pengesahan dalam perkhidmatan merupakan proses penting untuk menentukan pegawai yang sesuai dan berprestasi tinggi sahaja dikekalkan dalam perkhidmatan awam.
Soalan
Saya ingin bertanya..! Macam mana diorang nak tentukan siapa pegawai yang sesuai & berprestasi tinggi tu..?
Jawapan
Soalan yang bagus. (Fikir jap)... Urm, pegawai yang sesuai & berprestasi tinggi tu adalah mereka yang memenuhi semua syarat pengesahan dalam perkhidmatan..!
Seseorang pegawai layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah berkhidmat dalam percubaan bagi tempoh satu (1) hingga tiga (3) tahun dan memenuhi syarat2 seperti berikut:
- menjalani tempoh percubaan dengan jayanya sama ada tempoh percubaan asal atau yang dilanjutkan; (So far, aku dah kerja kira2 dalam 2 tahun 4 bulan dengan jayanya =P )
- menjalani dengan jayanya Kursus Induksi Umum dan Kursus Induksi Khusus; (Kursus Induksi Umum dah pergi, Kursus Induksi Khusus xyah g sebab ada DPA.. Eh, ke terbalik..?)
- lulus peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan; (Yang ni aku rasa exam PTD yang dulu2 tu, dah lulus gak)
- syarat2 lain yang ditentukan dari semasa ke semasa; (Syarat2 lain untuk skim PTD adalah lulus Kursus DPA, insyaallah coming soon)
- mendapat perakuan pengesahan dalam perkhidmatan daripada Ketua Jabatan. (Pengesahan Ketua Jabatan ni after balik daripada Kursus DPA laa)
Mengikut senarai peserta Kursus DPA kali ni, ada seramai 420 orang PTD yang dipanggil & 77 orang peserta simpanan. Daripada semua ni, aku rasa mungkin ada beberapa orang yang xkan join. Mungkinlah ada yang tengah mengandung, ada yang injured, ada yang dah quit PTD dll. Tapi apa yang pasti, n insyaallah sangat pasti, aku akan jadi salah seorang peserta Kursus DPA kali ni.
Sepanjang 6 bulan berkursus ni, aku harap aku xkan terlepas detik menemani Mama Eta bersalin & menyambut kelahiran anak sulung aku. Mama Eta expected due pada 30 Oktober. Bak kata Abam Bob, masa dia g DPA dulu xdibenarkan balik gak walaupun dapat baby. Sadisnye. Bagi laa apa2 sebab pun, saudara sakit tenat ke, itu ke, ini ke, jangan harap dapat balik rumah. Tapi sejak kes kematian seorang peserta Kursus DPA tahun lepas, dengarnya Kursus ni dah xseteruk macam tu lagi. Insyaallah segalanya boleh dibawa berbincang. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya. Pergh..!!
Ok laa, dah kol 8 pg. Mau mandi & pergi servis kereta..
Assalamualaikum & Selamat Berpuasa..!!
No comments:
Post a Comment