Friday, 26 August 2011

Minta Sponsor..? Aku Reject..!

Yezza, mulai jam 5 ptg tadi, aku dah dikira mula bercuti raya + cuti2 Cherating sampai 7 September. Rasa macam terlebih excited lak cuti kali ni. Mungkin keterujaan untuk rehat daripada kerja & pengalaman baru nak sambut raya sebagai suami. Haha. Tapi walaupun dah start cuti, aku still ada rasa teringin nak tulis pasal kerja.

Semenjak dua menjak ni, kira2 macam sejak mula bulan puasa, aku ditugaskan untuk menjawab semua permohonan sponsorship daripada pihak luar kepada ofis aku. Sponsorship dengan tajaan tu sama laa maksudnya. Ada yang pemohonnya dari UTM, Universiti UCSI, UPM, MMU, UiTM, UTHM, UIA, MINDS, UKM, Yayasan Sime Darby & banyak laa lagi. Macam2 program yang diorang semua ni plan nak buat.

Bila aku buat kerja ni, teringat zaman belajar kat UM dulu. Masa tu, kita semua kena aktif join aktiviti2 kolej. Kalau x aktif, nanti xboleh nak stay kolej untuk sesi depan. Hehe. Ada macam2 cabang program yang kita boleh join waktu tu macam akademik, seni, sukan, kebajikan & kerohanian. Pilih laa yang mana kita suka. Walaupun berbeza bidang, tapi bila melibatkan penganjuran projek yang 'mega', kenalah ada Biro Tajaan. Kerjanya? Minta sponsor laa. Aku xsuka masuk Biro Tajaan -___-

Kalau zaman belajar tu dulu kerja aku minta sponsor, zaman kerja sekarang ni plak kerja aku menjawab semua permohonan tu. Btw untuk makluman korang laa, dulu ofis aku memang ada peruntukan untuk sponsor duit ni, dengan syarat program tu mesti berkaitan sains / teknologi / inovasi. Tapi start tahun ni, ambil kira keadaan ekonomi dll, ofis aku dah xde peruntukan untuk menaja dalam bentuk kewangan untuk program2 korang. So lupakanlah impian korang, terutamanya adik2 yang masih belajar kat Universiti untuk dapatkan duit drpd ofis aku =)

Masa awal2 kena kerja menjawab permohonan2 ni, kerja aku sempoi gak laa. Aku reject je semua permohonan sebab dah tau ofis memang xde peruntukan untuk kes macam ni kan. Haha. Tapi lama kelamaan, bos aku rasa macam xkena je bila semua permohonan tu nak kena reject. So kitorang decide untuk bagi alternatif lain selain daripada tajaan kewangan untuk permohonan2 ni. Jadi timbullah idea2 macam ni:

Permohonan: Tajaan Kewangan Program National Business Plan Competition 2011.
Kitorang Respon: MDeC akan bekerjasama dengan UCSI untuk menganjur program ni.

Permohonan: Tajaan Kewangan Program Robotic Challenge Week 2011.
Kitorang Respon: Pusat Sains Negara / SIRIM akan menawarkan khidmat pakar mereka sebagai hakim bagi pertandingan ini.

Permohonan: Tajaan Kewangan bagi cetakan coffee table book sempena ulang tahun MINDS yang ke-25.
Kitorang Respon: Kitorang akan beli 10 buah buku tersebut.

Permohonan: Tajaan Kewangan bagi Program Kayuhan Amal 2011 Tabung Leukemia, Yayasan Sime Darby.
Kitorang Respon: Kitorang akan hantar penyertaan bagi program ini.

Tapi kalau kitorang betul2 xdapat nak cari alternatif lain untuk menyokong program korang tu, dengan dukacitanya terpaksalah direject ye. So kesimpulannya, walaupun xboleh nak sponsor duit, kitorang cuba yang terbaik untuk memberi sokongan kepada program2 anjuran korang. Aku pun gumbira dapat menolong sebab aku sendiri pernah merasa susah nak cari sponsor dulu. Aku pun ternanti2 manalah permohonan daripada UM ni, nak lagi spesifik ASTAR. Hehe. Insyaallah kalau boleh tolong, aku tolong =)

1 comment:

  1. Assalamualaikum wrbt. Dato'/Datin/Tuan/Puan.

    Kolej Islam As sofa,Ampang akan menganjurkan Ziarah Tamadun islam Ke Sepanyol pada Bulan Febuari ini. Peserta yang mengikuti Program ini adalah Pelajar-Pelajar Terbaik di Bawah persatuan Miftah Takwin Ulama' iaitu satu persatuan yang giat mendalami Ilmu Turath iaitu ilmu yang akan melayakkan mereka untuk menjadi seorang Ulama'.

    Di sini kami ingin memohon Dana dan Sumbangan daripada Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk membantu menyumbang kepada 13 pelajar KIS yang terbaik.

    Untk makluman lanjut, boleh hubungi saudari Nurussyifa 019 2581848.

    Untuk sumbangan pula boleh salurkan kepada :
    Maybank Nur Farhana bt Hariri 158088468784

    Semoga Allah membalas jasa Dato'/Datin/Tuan/Puan dengan membantu pelajar-pelajar yang akan menyiapkan diri mereka untuk menjadi seorang Ulama'.Amin

    Tolong sebarkan kepada mereka yang boleh bantu. Terima kasih ��

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...