Monday, 22 August 2011

Braxton Hicks

Sejak minggu lepas, Mama Eta asyik mengadu rasa xselesa dekat perut. Perut dia selalu sangat mengeras. Bila aku rasa sendiri kekerasan perut tu, memang tergezut laa. Ibarat kulit telur pun boleh pecah bila diketuk kat perut Mama Eta tu..! Hehe..

Ada yang kata baby tengah keraskan badan. Ada juga yang kata baby tengah kuatkan badan. Aku lak kata baby tengah main2 menyamar jadi kura2. Study punya study, bertanya punya bertanya, Google punya Google, Facebook punya Facebook, kitorang pun terjumpa istilah Braxton Hicks. (p/s: Mama Qeisya pun ada respon kat FB, bagitau pasal Braxton Hicks)

So, apa itu Braxton Hicks..? Korang Google laa sendiri, sure jumpa maksud dia =P

Nak dijadikan cerita, semalam Mama Eta beli Majalah Pa&Ma Edisi September 2011. Aku belek punya belek majalah tu, aku pun terjumpa laa plak cerita pasal Braxton Hicks kat slot Tanya Pakar. Meh aku type balik apa yang aku baca tu untuk dikongsi dengan korang..

Soalan: 

Semasa hamil 8 dan 9 bulan, perut saya mengeras pada waktu malam. Apakah yang menyebabkan hal ini. Adakah ia berlaku kerana saya kurang melakukan pergerakan atau persekitaran yang sejuk?

Jawapan: 

Kemungkinan besar apa yang puan rasakan adalah sejenis kontraksi bernama Braxton Hicks. Ia dilaporkan berlaku seawal kehamilan 16 minggu. Tidak semua wanita hamil mengalami keadaan rahim yang mengeras ini. Kebanyakan wanita akan merasakan kontraksi Braxton Hicks ini setelah rahim semakin membesar. Ia tidak disebabkan oleh keadaan yang sejuk atau suhu yang panas. Ia juga tidak disebabkan oleh pergerakan atau aktiviti sehari-harian. Kekerasan atau ketegangan rahim yang dilanda kontraksi Braxton Hicks akan menjadi semakin lemah dan hilang beberapa ketika.

Apa yang selalu menjadi tanda tanya ialah apakah dan bagaimanakah pula kontraksi yang sebenarnya? Kontraksi yang akan membawa kepada proses kelahiran selalunya:

1. Menyebabkan rahim mengeras, secara berkala. Misalnya, sekali dalam sepuluh minit.
2. Kontraksi itu akan diikuti dengan rasa sakit.
3. Kesakitan tadi semakin lama, semakin kerap.
4. Kontraksi tidak berhenti walaupun wanita tadi baring, duduk atau berjalan-jalan.

Begitulah perbezaan di antara kontraksi Braxton Hicks (tidak akan menyebabkan wanita bersalin) dan kontraksi sebenarnya (berlaku apabila proses kelahiran bayi bermula).


Breast leakage & fake contractions? Yeah, that's just me getting Mommy warmed up for the real deal. I'm 30 weeks old, only 70 days to go!

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...