Selepas beberapa hari hasrat nak tulis cite pasal scan baby ni tertangguh disebabkan oleh perkara2 yang tak dapat nak dielakkan, finally hari ni aku dapat laa nak menulis pasalnye. Hehe xboleh blah perkataan, “pasalnye” =))
Kalau dikira secara terbalik dari tarikh baby dijangka lahir, patutnya usia baby dah dikira 26 minggu masa hari scan 22 Julai lepas. Sebaliknya, kalau dikira ikut versi hospital, usia kandungan baru 25 minggu. Biarlah 25 ke 26 minggu, yang penting baby akan lahir nanti, insyaallah.
Masa hari appointment ni, selain isu kena marah yang aku tulis Jumaat lepas, xde apa2 isu lain pun. Seperti biasa, sampai hospital, Mama Eta kena buang air kecil dulu untuk pihak hospital check. Check apa ek? Entah, xpernah terfikir lak. Setahu aku dia nak cakap kencing kotor atau x, tu je. Hahaha. Lepas tu, Mama Eta g timbang berat, check tekanan darah & kena interview sikit oleh nurse. Then baru jumpa doktor.
Selain ‘berleter’, doktor pun mulakan kerja scan baby. Alhamdulillah, baby dalam keadaan baik. Sebelum tu, timbul rasa risau gak in case baby terlebih besar memandangkan berat badan Mama Eta naik banyakkan. Kitorang lupa lak nak tanya doktor berapa berat baby tu. Doktor pun sama je, lupa nak bgtau kitorang. Haish...
Selesai scan + print gambar baby, doktor bagi Mama Eta suntikan kancing gigi. Apakah tu? Mama Eta kata untuk elak kena sawan mcm tu laa. Hahaha xreti nak explain lebih2. So ni gambar hasil drpd scan baby hari tu:
Nampak macam baby tengah hisap jari x? Hehehe.. Next check up, 19 Ogos..!!
No comments:
Post a Comment