Monday, 25 July 2011

Menjelang Perlawanan Malaysia – Singapura, 28 Julai (Khamis), SNBJ

Semua orang dah tau team bola Malaysia kalah lawan Singapura Sabtu lepas (23 Julai) dengan jaringan gol 5:3. Perlawanan timbal balik akan diadakan pada Khamis ni (28 Julai) kat Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Harimau Malaya masih ada peluang untuk ke pusingan seterusnya, dengan syarat kita kena menang sekurang-kurangnya dengan kelebihan 2 gol + Singapura x score lebih daripada 2 gol. Cth:- Malaysia menang 2:0, 3:1 atau 4:2.

Kalau main kat Stadium Jalan Besar kita boleh score 3 biji, main lawan Liverpool kat SNBJ pun kita boleh score 3 biji, belasah Indonesia kat SNBJ time final Piala AFF pun 3 biji, insyaallah ada rezeki Harimau Malaya Khamis ni.

8 gol dijaringkan pada hari Sabtu lepas oleh 6 orang yang berbeza. Gol2 Malaysia dijaringkan oleh Mohd Safee Mohd Sali (27 thn, asal: Kajang) & Abdul Hadi Yahya (26 thn, asal: Klang). Sementara gol2 Singapura dijaringkan oleh Aleksandar Đurić (41 thn, asal: Bosnia), Qiu Li (30 thn, asal: China), Fahrudin Mustafić (30 thn, asal: Serbia) & Shi Jiayi (27 thn, asal: China).

Ramai penyokong Malaysia yang tak puas hati sebab pasukan Singapura dibarisi oleh ramai pemain2 ”import”. 5 daripada 11 pemain Singapura hari tu adalah pemain “import” & semua gol Singapura dijaringkan oleh pemain2 “import” ni..!! Tapi kita xboleh jadikan itu alasan lagi. Singapura dah bagi kerakyatan untuk semua pemain “import” tu secara sah. So korang menganjinglah Singapura tu macam mana sekalipun, kita tetap dah kalah. Cuma dari aspek maruah & patriotisme, kita bolehlah nak bangga.

Banner Fans Malaysia Sebelum Kena Rampas Dengan Polis Singapura



Bila team Malaysia kalah, ramai yang mempersoalkan taktikal jurulatih, Datuk K. Rajagobal. Aku pun bengang gak dengan defence pasukan negara (tapi malas nak bising banyak laa). Ada yang kata Sharbinee xpatut main, Khairul Fahmi lagi bagus. Padahal time kena belasah dengan Liverpool, korang kutuk gile2 KFCM xde satu save pun. Ada yang kata Muslim Ahmad & Fadhli Shas x sebagus gandingan Norhafiz Zamani Misbah & S. Subramaniam. Padahal time menang Piala AFF hujung tahun lepas, budak2 ni laa yang main mantap kat barisan pertahanan. Ada yang kata Amirul Hadi patut main dari mula, bukannya Ismail Faruqi / Fakri Saarani. Padahal... entahlah kenapa Amirul Hadi xmain dari awal..?? X fit kot...



”Semua orang boleh menyatakan pendapat mereka masing-masing. Itu terpulang pada mereka….. Kita mungkin boleh mendapat 80,000 pendapat berbeza daripada 80,000 orang yang datang menonton sesuatu perlawanan….. Sebagai jurulatih, saya lebih tahu kemampuan pemain saya sendiri”
Datuk K Rajagobal


So menjelang perlawanan MalaysiaSingapura hari Khamis ni, jom kita 100,000 rakyat Malaysia penuhkan SNBJ..!! Kalau tiket bola lawan Arsenal, Liverpool & Chelsea yang berkali-kali ganda mahalnya korang mampu beli, apa sangatlah nilai tiket perlawanan ni - RM50 (Pentas Utama), RM30 (Terbuka) & RM5 (Kanak2 bawah 12 thn). Tapi kalau dah memang xboleh nak pergi stadium gak pun xpe, kita boleh bagi sokongan kat depan tv (mesti ada live kan?)
  

Stadium Penuh, Ultras Mengilai
Malaysia Rempuh, Singapura Terkulai


Good Luck Malaysia..~!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...