Yezza..!! Alhamdulillah, insyaallah tepat 100 hari lagi baby akan lahir. Doktor target Mama Eta untuk deliver pada 30 Oktober. Tapi kalau dah ditakdirkan baby akan keluar lebih awal atau lebih lewat, tu semua kuasa Allah, aku terima je =)
Teringat balik masa awal2 kahwin dulu, aku & Mama Eta masing2 teringin nak baby lahir pada bulan yang sama dengan birthday kitorang. Aku nak bulan Disember, Mama Eta nak bulan Januari. Tapi Allah Maha Adil, kitorang dua2 pun xdapat apa yang kitorang impikan. Haha.
Pernah gak aku terfikir, kalau baby lahir bulan November pun menarik gak. Sebab tarikh bulan 11 ni cantik2. Contoh macam 1.11.11 & 11.11.11. Date 1 Nov tu macam ada can lagi tapi 11 Nov tu macam dah tersasar jauh sangat. Haha. Xpe laa, tarikh lahir cantik atau tak, bukannya satu kepentingan pun. Apa yang penting, semoga baby kitorang tu selamat keluar & sihat walafiat.
Insyaallah malam ni kitorang akan g Hospital Bersalin Razif lagi untuk Mama Eta nak buat check up. Pengajaran daripada check up bulan lepas, kitorang WAJIB remind doktor untuk print gambar scan baby tu. + malam ni aku nak minta doktor check lagi sekali jantina baby. Bukan xnak percayakan doktor bulan lepas, cuma untuk kepastian ;p (padahal dalam hati berdebar2 sebab dah shopping macam2 barang baby warna biru). Cerita pasal hasil check up ni, aku tulis minggu depan je laa kot. Sebab nak kena scan dulu gambar baby kat ofis.
OK, Assalamualaikum..~!!
No comments:
Post a Comment