Dengan ini disahkan bahawa baby dalam kandungan Mama Eta adalah baby boy!!
Kitorang g hospital tadi. Mcm biasalah, wat check up. Mula2 Mama Eta kena bagi sampel urin untuk diuji. Then g timbang berat & check tekanan darah. After that baru masuk bilik doktor. Doktor kali ni 1st time kitorang jumpa, xsure nama dia apa.
Sebelum scan baby, doktor bagitau keputusan ujian darah bulan lepas. Overall ok laa kecuali kandungan darah merah Mama Eta rendah sedikit. Yg lain2 mcm Hepatitis & HIV normal.
Sekarang baru scan baby. Alhamdulillah, baby bergerak dgn sangat aktif. Macam gaya tengah main bola sepak. Terbawa-bawa dgn kemenangan team Olimpik Malaysia malam semalam kot. Haha. Jantung pun degup dup dap dup dap normal. Sebelum scan tadi, risau gak sebab dalam beberapa hari ni Mama Eta xrasa langsung pergerakan baby.
Doktor tanya, “Nak check jantina baby x?”. Aku pun laju je jawab, “Nak!! Nak!!” Doktor pun main2 dgn alat ultrasound tu, nampak ‘anu’ dia. Confirm, LELAKI..~!! Aku tergelak kecik, excited ;)
Dalam excited pun ada kuchiwa, doktor xprint gambar scan baby. Doktor tu cakap sbb kitorang xminta awal2. Pulak dah?? Selama ni dah empat kali pergi scan, semua empat kali tu doktor printkan. Hadui..
Lalu kami pun pulang ke rumah dgn perasaan gumbira + kuchiwa..~

No comments:
Post a Comment