Org tua2 cakap...~
- Jgn berdiri / duduk kat pintu. Dikhuatiri masa bersalin, anak susah nak kuar / lama tersangkut kat pintu rahim.
- Elakkan mencaci, mengumpat, bergaduh / memfitnah org. Nnt akan mempengaruhi anak & Mama pun akan mengalami kesulitan semasa bersalin.
- Mama & Papa dilarang menganiaya / mencederakan haiwan. Takut nnt anak yg dilahirkan cacat / terkena badi haiwan tu.
- Jgn memaku, memahat / menggali lubang. Dikhuatiri anak yg lahir cacat.
- Dilarang keluar rumah time senja. Takut kena rasuk dgn makhluk halus.
- Jgn tgk gerhana bulan / gerhana matahari. Dikhuatiri anak cacat / gelap kulit.
- Elak duduk kat tangga, nnt susah nak lahir anak.
- Jgn pikul batu, nnt anak jadi lumpuh.
- Elak tanam pokok pisang, takut nnt saiz kepala anak terlalu besar.
- Jgn susun tempurung kelapa, nnt anak botak kepala.
- Jgn biar perut dilangkah terutama oleh anak2 lain, nnt anak mungkin xcukup bulan.
- Mama / Papa dilarang tiup alat berupa bunyi2an (cth: seruling) sbb dikhuatiri anak sentiasa meragam & menangis.
- Jgn gelakkan org cacat. Nnt terkena pada baby sendiri.
- Jgn duduk kat perdu pokok, nnt susah bersalin.
Dulu aku sangat xsetuju dgn pantang larang @ cakap2 org tua ni. Bagi aku, semua ni macam kepercayaan tahyul, boleh membawa kpd khurafat, syirik dan sebagainya. Tapi sekarang, bukanlah aku nak kata yg aku dah bersetuju. Cuma kalau dipandang dari sudut berlainan, difikir dari asal usul semua pantang larang ni, ada sbb lain yg logik gak. Cakap2 org tua ni sebenarnya cuma untuk nasihat + saje bagi bikin saspen..
Ambil contoh2 tadi...~
Jgn berdiri / duduk kat pintu. Dikhuatiri masa bersalin, anak susah nak kuar / lama tersangkut kat pintu rahim.
Reason : Mama mengandung, so badan of cos laa besar. Kalau duduk kat pintu kan dah block jalan org.
Jgn memaku, memahat / menggali lubang. Dikhuatiri anak yg lahir cacat.
Reason : Mama mengandung xeloklah nak buat kerja2 berat.
Jgn gelakkan org cacat. Nnt terkena pada baby sendiri.
Reason : Sah2lah mmg xelok pun gelak org cacat. Xbaek!!
Tapi ada gak sesetengah pantang larang yg aku pun xde idea knp xboleh nak buat. Cnthnye mcm jgn tengok gerhana bulan, elak tanam pokok pisang & dilarang tiup alat berupa bunyi2an. Apa masalahnya pun kan? Entahlah labu...So kesimpulannya, percaya atau tak, khurafat atau nasihat, kita fikirlah sendiri iyek. Sekian.
No comments:
Post a Comment