Thursday, 2 June 2011

Baby makin besar, membesar & besar punyer!! Parents-To-Be pun sama makin besar -_____-

Post ni kesinambungan kpd post Scan Baby. Post ni patut aku tulis lagi awal drpd post sebelum ni tapi atas sebab-sebab xde scanner kat umah, kena g kursus kat Johor dua hari, terlupa bwk gmbr scan baby g ofis & tertinggal gmbr scan baby dlm kete Mama Eta, jadi post ni pun terlambat nak publish. Finally hari ni aku dah berjaya melepasi semua rintangan & ranjau berduri tu, so dapatlah aku nak mengongsi dgn korang pasal cite scan baby ni.

Kitorang g hospital 28 Mei (Sabtu) utk Mama Eta wat check up. Selalunya wat check up hari Jumaat malam Sabtu tapi atas sebab2 yg xdapat dielakkan (sbb apa ek? aku terlupa...), kitorang decide utk g esok harinye je. Kitorang g dlm kol 11 pg kot.. Oo mak ai, lama gile menunggu giliran nak jumpa doktor. Lebih sejam. Dah serupa mcm g hospital gomen lak. Mungkin sbb ramai patient yg datang weekend. Doktor yg wat oncall time weekend lak sorang je. Bila ada kes nak bersalin, doktor yg nak men'check up' tu gak laa yg kena lari g sambut baby. Itu pasal laa jadi lambat. So moral of the story, elok g check up Jumaat mlm Sabtu.

Before aku cite pasal hasil scan, biar aku tulis pasal amek darah dulu. Haaa, utk check up hari ni, Mama Eta kena diamek darahnye. Utk check kandungan ferum dlm darah kot. Entah, aku lupa lak nak tanya sbb apa. Nak dijadikan cite, Mama Eta takut jarum & darah. Alamak, cmne keje kat klinik tp takut kat jarum & darah ne? Haha. Tp tu laa realitinye. So sebagai suami yg bertanggungjawab, aku pun bagi sokongan moral (Sila amek iktibar kpd bakal2 bapak) dgn cara pegang bahu dia. Tu je laa yg aku mampu buat. Berkesan ke x sokongan aku tu, wallahualam. Result drpd check darah tu, doktor akan bgtau time next check up, 25 Jun. Effect drpd kena amek darah tu, tgn Mama Eta kat area kena cucuk tu menghitam & membengkak. Alergi dgn jarum?

Ok now baru aku nak cite pasal hasil scan. Biar aku tunjuk gambar dulu
Rajah 1: Versi Picture Type Black & White

Rajah 2: Versi Picture Type Colour. Aku rasa versi ni lagi clear, silap laa g scan gmbr2 before ni pakai versi black & white
OK. Kalau korang xboleh baca detail2 yg dia tulis kat gambar tu, biar aku je yg ceritakan. Usia kandungan 19 minggu 2 hari. Tinggi dia dah cecah 131.4mm. Berat xdiketahui. Doktor ada bagi dengar bunyi degupan jantung baby, kencang!! Awat berdebar2 ka? Scan kali ni kitorang xnmpk sgt bentuk dia. Apa yg clear cuma tulang belakang dia. Korang pun nmpk kan? Tu yg melengkung kat atas tu. Doktor ada gak tunjukkan jantung baby tgh denyut2 tp xde laa dlm gmbr ni. So Alhamdulillah semua pun sihat.


Selingan:- If dulu aku ada tulis pasal Mama Eta sakit tangan, kali ni dia sakit leher plak. Kejadian berlaku mlm tadi. Mula2 sakit tengkuk, then sakit kepala, pastu sakit leher yg teramat. Aku blank xtau nak wat apa kecuali bagi sokongan moral (again) o_o Agaknye dah xtertahan sangat, Mama Eta pun telan panadol (harus diingat, makan parasetamol ni seelok2nye dielakkan oleh ibu mengandung kecuali bila dah teramat perlu). Agak2 dah berkesan sikit effect ubat tu, barulah dapat tidur. Hope xkan kena sakit ni lagi. Kesian aku tengok. Persoalannya, adakah ini normal utk ibu mengandung? Hurmmm.....

3 comments:

  1. erk..tak tau la nak kate normal ke tak..pengalaman yg dulu tak pernah lak..pengalaman kali kedua ni pun tak de gak kene sakit leher...hehe..
    p/s: jgn selalu mkn panadol..sgt tak elok...

    ReplyDelete
  2. eh kak lina nre ke ni?hehe.mlm td dia dah xtahan sgt sakit leher tu. sbb tu TERPAKSA telan gak panadol tu. Then kdg2 sesak nafas gak. adei

    ReplyDelete
  3. tp kt telan sebiji jek instead of 2biji tuk adult.hikhik (mama eta)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...