Assalaaaamualaikum..~!!
Selepas Mama Eta berpindah tempat kerja dari Kolumpo ke negeri Selangor, kini giliran aku pula menyusul. Berkuatkuasa mulai 1 Julai 2013, aku kini ditempatkan kat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, MOSTI. Namun, atas kepentingan perkhidmatan, aku dibenarkan untuk menangguhkan tarikh lapor diri di tempat baru pada 2 Ogos 2013.
Actually office baru aku ni terletak kat blok yang sama dengan office lama, cuma beza 2 tingkat lebih tinggi. So masih boleh jumpa ex-officemate. Harapan aku kat office baru ni agar dapat timba sebanyak yang boleh ilmu dan pengalaman. Tambahan pula, bidang Pengurusan Sumber Manusia disenaraikan sebagai salah satu daripada 8 bidang teras dalam PTD. So kenalah belajar dan kerja rajin-rajin.
| 24 April 2009 ~ 1 Ogos 2013 |
Selamat Tinggal Bahagian I&P
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sepertimana semua sedia maklum, saya akan melapor diri di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia mulai 2 Ogos (Jumaat). Oleh sebab saya bercuti rehat pada hari esok (1 Ogos), maka hari ini ditakdirkan sebagai hari terakhir saya bertugas di Bahagian I&P.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan dan memohon ribuan kemaafan kepada semua warga I&P sepanjang perkenalan kita di sini. Segala ilmu dan pengalaman yang saya timba di Bahagian I&P selama lebih 4 tahun ini, insyaAllah akan saya manfaatkan sebaik-baiknya dalam karier saya selepas ini. Segala salah, silap dan kekurangan daripada saya, amatlah dikesali.
Terima kasih saya ucapkan, khususnya kepada Datin Nur Wahidah atas segala tunjuk ajar, marah-marah sayang, teguran membina dan segalanya yang baik-baik belaka. Terima kasih kepada semua KPSU yang telah membimbing saya - En. Norhad, Pn. Roshana dan Dr. Marziah. Terima kasih team PRO atas kerjasama yang terbaik - Elia dan Norasikin. Terima kasih semua - En. Zalaludin, En. Paul, Fazilah, Naterah, Burhanuddin, Raoof, Syazwan, Aminuddin, Dhanalachumi, Kak Aida, Noor, Aishah, Azwa, Suhaila, Hadiana, Yunus. (Harap-harap tak miss nama sesiapa)
Sekian, Selamat Maju Jaya, Selamat Hari Raya, Selamat Pengantin Baru dan Selamat Bersalin (yang berkenaan sahaja).
Wassalam.
Ahmad Jedeh
31 Julai 2013
No comments:
Post a Comment