Assalaaaaamualaikum..~!!
Adakah korang tengah mencari-cari rumah nak dibeli..?
Dekat dengan kawasan rumah MIL aku kat Jenjarom ni, tengah dibuat projek perumahan. Sri Jaromas namanya. Projek fasa 1 dah sold out & projek pembinaan sedang rancak dijalankan. Sekarang ni tengah dibuka jualan untuk fasa 2. Lepas ni, ada rancangan untuk fasa 3 lak. So kiranya pembangunan terancang laa.
Bagi projek fasa 2 ni, ada dijual rumah teres & semi-D 2 tingkat. Kita mulakan cerita dengan projek rumah teres ni yang dinamakan Tamera. Tamera dibahagikan kepada 2 jenis rumah.
Tamera Type A
Luas tanah 22' x 70', luas binaan 2,323 sqf, 4 bilik, 3 bilik mandi & freehold
Harga bermula dari RM367,000
Tamera Type B
Luas tanah 20' x 70', luas binaan 2,025 sqf, 4 bilik, 3 bilik mandi & freehold
Harga bermula dari RM339,000.
Bagi rumah semi-D 2 tingkat lak, dinamakan Rosa2 Dreams. Kenapa Rosa2..? Sebab projek fasa 1 dulu dah buat semi-D gak yang dinamakan Rosa. Rosa2 ni merupakan 1st Gated & Guarded Exclusive Residence in Jenjarom ok..! Haha. Rosa2 pun dibahagikan kepada 2 jenis rumah.
Semi-D Type A
Luas tanah 37' x 85', luas binaan 3,132 sqf, 5 bilik, 5 bilik mandi & freehold
Harga bermula dari RM611,000.
Semi-D Type B
luas tanah 37' x 85', luas binaan 3,151 sqf, 5 bilik, 5 bilik mandi & freehold
Harga bermula dari RM615,000.
![]() |
| Tamera |
![]() |
| Rosa |
Harga rumah-rumah ni agak sedikit mahal sebenarnya. Sebab apa..? Harga melonjak naik sebab SKVE dah buka. Hehe. Lokasi Sri Jaromas ni 5 minit je daripada exit Teluk Panglima Garang. Dengan kewujudan SKVE ni gak, jarak perjalanan ke Putrajaya cumalah 30 minit. Akses ke ELITE (exit Bandar Saujana Putra) dalam 15 minit & tak lama lagi ada akses ke WEST COAST EXPRESSWAY (exit Tanjung 12) dalam 10 minit je. Akses ke KESAS pun dalam 30 minit je tapi x lalu SKVE pun.
Selain tu, lokasi Sri Jaromas ni adalah dalam 20 minit ke Bukit Tinggi, Klang & 20 minit gak ke pekan Banting. Dari segi kemudahan yang lain, dah sedia ada pun sekolah rendah, sekolah menengah, klinik kesihatan, masjid, stesen minyak & pejabat pos.
Dalam projek Sri Jaromas ni gak, akan didirikan Tesco, Econsave & lot-lot kedai. Kalau dah boring shopping kat sini, boleh je ubah angin pergi ke Giant Banting yang baru je dibuka dalam sebulan kot (10 minit) atau ke Jusco Bukit Tinggi (20 minit).
Apa lagi nak cerita kat korang ye..? Hahaha. Aku bukan agen, xde sebarang komisyen pun tolong promote ni. Tapi saje je seronok menulis untuk perkongsian dengan korang yang tengah mencari rumah. Tak banyak detail yang korang boleh dapat daripada internet. Model rumah boleh tengok kat Giant Banting / Tesco Klang.
Sekian, rumahku syurgaku..!





tgh mencari rumah jugak ni. hrp jumpalah rumah yg berpatutan & dkt dgn kemudahan. amiiin :)
ReplyDeleteMeh beli kat Jenjarom. Hehe.
Deleteharap2 masterplan ni jadi kenyataan, sbb aku dh beli rmh kat taman amanah
ReplyDeleteHarap2 begitulah. Wife lalu hampir setiap hari dalam Jenjarom, tengok projek tengah rancak :)
Deletesaya da beli rumah di situ..tamera type B, sape jiran dgn saya? :D
ReplyDeleteinsyaAllah berjiranlah kita.
Deletehehe..rumah saya TM062..selamat berjiran :)
DeleteDah dekat2 la tu. Hehe.
DeleteSaya dan suami baru bercadang nk beli rumah di teluk panglima garang,,..perumahan baru (taman bentara). sy kerja di putrajaya..n suami kje di jalan duta,kL...skrg tggal d kuarters ptrjya..nk tny pendapat..berbaloi x klo kami beli dr skrg? sbb rsenya dh xdpt hrga mampu milik di area salak tinggi,sepang, dengkil..Dan lagi 1 brapa kadar tol skve dr t.panglima garang-putrajaya... & kL.. tq
ReplyDelete# tgh berkira2 kadar tol+minyak utk ulang alik ke ofis#
email saya: ladybird_0103@yahoo.com
Jarak dari Teluk ke Ptrjy dlm 35-40 minit ikut skve. Tol rm3.70 sehala. If nak ke kl lagi jauh dan lagi mahal tol.
DeleteXsure lak bila akan buka. Tapi sekarang nampak tengah rancak kerja-kerja dia.
DeleteSapa tau kot ade org nak jual rumah kat tmn amanah jenjarom mohon share info ye..t.kasih..khai 0132833415.
DeleteSapa tau kot ade org nak jual rumah kat tmn amanah jenjarom mohon share info ye..t.kasih..khai 0132833415.
DeleteMajoriti komuniti di sini siapa yer???
ReplyDeletesaya keje KL pn beli rumah kat taman amanah jenjarom
ReplyDeleteso far skang tgh rancak pembinaan perumahan zinnia dan djangka saip hujung tahun 2016..kalau tgu lagi,harga rumah makin naik.
ReplyDeletenk tnye pendapat skit..
ReplyDeleteantara jenjarom dan jalan kebun baru mane lagi dekat kalau lalu SKVE..
sy keje UPM, serdang
Tengah survey rumah ni
nk tnye pendapat skit..
ReplyDeleteantara jenjarom dan jalan kebun baru mane lagi dekat kalau lalu SKVE..
sy keje UPM, serdang
Tengah survey rumah ni