Kitorang baru je balik dari bercuti kat Pulau Langkawi
selama 3H2M. Kitorang stay kat Langgura Baron Resort & segala urusan
pengangkutan kitorang kat sana menaiki kereta sewa.
Mama Eta dah lama berhajat nak belanja MIL aku naik kapal
terbang. Kebetulan AirAsia ada offer baru-baru ni, so Mama Eta belilah tiket
untuk 4 org dewasa dan 1 infant. BIL aku pun join sama.
Percutian kali ni kitorang tak naik teksi dah dari rumah
ke LCCT. Aku saje nak explore apa rasanya kalau drive sendiri. Lagipun tak
risau sangat bila aku turunkan family kat LCCT sementara nak mencari parking
sebab BIL boleh tengok-tengokkan diorang.
Ada parking murah kat Terminal ni yang diorang caj RM16
sehari. Tapi tempat tu open space dan korang kena berjalan jauh sikit. Sadisnya
aku cuma dapat park kereta kat area hujunggggggg sekali sebab tempat tu dah
almost full. Logik laa sebab weekend kan. Akibatnya aku kena berjalan kaki ke
departure hall dengan meredah panas terik matahari selama 10-15 minit. Steady
laa Jedeh...!
| Welcome to Langkawi |
KERETA SEWA
Ketibaan kitorang kat airport Langkawi disambut oleh
brother kereta sewa. Servis ni aku dah booking awal-awal kat
holidayssweet.blogspot.com supaya memudahkan pergerakan kitorang kat sana
nanti. Nak lagi best, brother ni siap bagi peta percuma kat kitorang.
Terbaek..!
Kebiasaannya tangki minyak kereta sewa ni dah nyawa-nyawa
ikan masa kita dapat. So aku share tip dengan korang, tak perlulah baik hati
nak isi minyak sampai penuh sebab pulau ni bukan besar mana pun. Kitorang guna dalam RM20 je kot dalam tempoh
48 jam kat sana.
TEMPAT TINGGAL
Pada mulanya kitorang cadang nak stay kat Malibest
Resort. Resort ni sangat-sangat recommended by kawan-kawan kitorang. Tapi
sayangnya tempat ni dah full.
So selepas di'survey' beberapa option, kitorang pun pilih
Langgura Baron Resort. Kedudukan resort ni sangat strategik kat Pantai Cenang,
bertentangan dengan Cenang Mall, sekitarnya ada kedai-kedai makan / runcit /
souvenir. Masalahnya cuma pemandangan dari dalam bilik ni tak nampak laut sebab
dihalang dengan sebaris lagi resort apa entah namanya. Tapi takde hal lah
selagi bilik tu luas dan selesa.
| Mandi laut setiap pagi |
TEMPAT MENARIK
Antara tempat menarik kat Langkawi yang sempat kitorang
pergi adalah Underwater World, Langkawi Cable Car, Dataran Lang dan Makam
Mahsuri.
Kalau korang bercadang nak ke Underwater World, bayaran
tiket masuk adalah serendah RM22 (dengan syarat korang tunjuk pas kerja
Kerajaan). Lokasi Underwater World ni kat Pantai Cenang, dekat je dengan tempat
tinggal kitorang. Kat dalam tu ada sesi fotografi untuk pelawat. Diorang akan
print gambar tu saiz 6R dan diletak dalam frame yang menarik. Kalau minat,
belilah RM25.
Langkawi Cable Car pun menarik untuk korang pergi. Tiket
masuk RM15 untuk pemegang MyKad. Sayangnya time kitorang pergi ni, jambatan
gantung kat situ tengah dalam proses penyelenggaraan. So tak dapatlah nak
menguji keberanian. Huhu. Kat sini pun diaplikasikan konsep sesi fotografi
macam kat Underwaterworld. Selain print gambar saiz 6R berserta frame yang
menarik, diorang upgrade lagi presentation gambar tu dalam bentuk globe yang
berisi air. Harga pakej untuk kedua-duanya adalah RM65. Pergh..!
| Banyaknya fish |
| Menuju puncak |
| Subhanallah, cantiknya pemandangan |
| ApakeJEDEHnya Winter Sonata kat sini..? |
| Al-Fatihah... Tak berapa nampak lak Makam Mahsuri tu. |
| Tak sanggup nak berjalan sampai ke helang besar tu, panas gile..! |
MAKAN
Masalah terbesar kitorang masa kat Langkawi adalah untuk
mencari kedai makan yang ok pada harga yang ok. Ada 2 kali kitorang dinner kat
tempat yang mahal tapi makanannya biasa je la.
Dinner pertama kitorang adalah kat Telaga Arabic
Restaurant, Pantai Cenang. Kenapa pilih restoran ni..? Sebab waktu tu hujan,
susah nak cari kedai makan, dah lapar sangat dan kedai tu nampak selesa.
Mungkin salah kitorang gak sebab order nasi goreng tak pedas langsung untuk
Ziqri makan. Akibatnya semua 4 pinggan nasi goreng yang lain pun dimasak tak
pedas langsung. Tawar. Habis RM70++.
Dinner kedua lak adalah kat Restoran Hj. Ramli, Pantai
Cenang. Kenapa pilih restoran ni..? Sebab nampak macam kedai makan seafood yang
biasa dan saiz kedai pun luas. Tapi mahalnya makanan. Ikan Siakap masak Padprik
je dah kena RM36. Udang goreng tepung, 300g, dapat 5 ekor je, kena RM30. Campur
nasi, air, habis RM90++. Blurp.
Selain 2 kedai ni, makan kat Laksa Penarak (Dataran Lang)
dan Kedai Ikan Bakar (berdekatan airport Langkawi) paling berbaloi. Sedap dan
harga pun murah, kurang daripada RM35. Fuh..!
SHOPPING COKLAT
Ngeh ngeh ngeh. Cite pasal shopping coklat ni nanti aku
update ye. Bagi time untuk buat research sikit :)
Tu je laa cerita kali ni. Wassalam..!
mahalnya makan woih!! agaknya kat tempat2 pelancongan ni diorang suka ketuk habis2an kan T_T
ReplyDeleteYup..! Then aku rasa Pantai Cenang ni dah macam kat Krabi. Sesak, penuh orang luar negara dan harga makanan melambung..
Deleteada tmpat yg makanan murah skit...nnt dtg lgik :)
DeleteAssalam... hai nak tanya kat langgura baron resort tu ada iron tak? towel? tq.....
ReplyDeleteW'slm. Boleh minta iron daripada registration counter. Towel pun disediakan.
DeleteSalam nk nek cabel car bwh umur 2 tahun blh ke
ReplyDeleteBoleh je. Anak kitorang masa ni belum masuk 2 tahun lagi.
DeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteMaaf ganggu masa saudara/saudari semua. Saya hanya nak minta untuk bantu saya kumpul maklumat / data yang saya perlukan dari saudara/saudari. Mohon sangat-sangat bantu saya.
Saya perlukan data / maklumat ini untuk peringkat analisis data.
Survey ini untuk saudara/saudari yang dah pernah melawat Cameron Highlands atau Langkawi atau kedua-duanya sekali.
Survey ini mengambil masa 5-10 minit untuk diselesaikan (bergantung)
Untuk pertama kali jawab survey ini, saudara/saudari boleh jawab soalan-soalan seperti biasa, tetapi jika saudara/saudari ingin jawab untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya UNTUK TAMBAHKAN MAKLUMAT survey, boleh ikut step yang dah disediakan dalam survey ini (juga dikenali sebagai pengguna kedua "Second User")
Kalau ada yang tak faham, boleh terus mesej kat sini yer
Really need all your help..
Link survey KLIK URL SINI: https://www.surveymonkey.com/s/5Y8Z5FM
PM saya untuk sebarang permasalahan
Inshaallah, saya akan bagi hadiah misteri untuk saudara/saudariyang bertuah dan terima kasih atas penyertaan semua. Semoga Allah s.w.t membalas jasa saudara/saudari
*Mohon sebarkan kepada kawan-kawan yang lain juga
Terima Kasih
assalamualaikum.. terima kasih share info nie. yana nak bercuti ke langkawi hujung bulan nie. tp masih blur2 lagi. sbb tak pernah pergi berdua ngn hubby ... hehehh tyvm
ReplyDeleteGamble je barulah adventure. Haha. Sewa kereta untuk mudahkan perjalanan korang.
Deleteassalam..bro, ko bwak stroller x pegi sane? rase2 kene bwk stroller x?
ReplyDeletetq
Kitorang tak bawak sebab anak dah besar. Takde masalah pun kalau nak bawak.
Deletesalam kepada sesiapa yg ingin ke Langkawi cuti nie.. sy ada homestay btoi2 tgh pekan kuah.. 3 bilik full aircond,, pantry.. ruang tamu.. semalam hanya rm250.. 2 mlm ke atas hanya rm210.. keistimewaan homestay ini adalah hanya berada dpan bangunan haji ismail groupp.. so leh jalan kaki jew.. dekat dengan uptown utk anda cuci2 mata mlm2 tgk beli mkanan n pkaian.. kalau dtg hari rabu n sabtu berdakatan psar mlm.. kedai mkan hanya bersebelahan sahaja!!! selain itu dekat dgn bank islam maybank cimb bank ~yang menariknya ialah anda akan mendapat include sekali pakej mangrove hanya rm180 sahaja satu bot yg anda xkan dpt kt mna2.. krn depa akn bg rm250... ~island hopping plak hnya rm230 satu bot !!!! mesej atau kol trus na untuk penempahan 0134569984
ReplyDeleteassalam beb..hr tuh ko g langkawi hotel book awak ker or masa tuh gak ko book..senang x jalan nyer ke hotel tuh dr airport
ReplyDeleteHotel book awal. Jalan kat sana senang je.
Deletebelon..! sha pun nk p langkawi hujung bulan ni.
ReplyDeleteHappy holiday!
Deletekalo x silap kat tbs parking rm3 sehari.. :)
ReplyDelete