Assalaaaamualaikum..~!!
Bos minta aku uruskan pengisian 1 jawatan kosong kat Bahagian I&P, MOSTI ni. Ada sesiapa yang berminat..?
Jawatan: Pekerja Sambilan Harian
Senarai Tugas:
- Membantu menguruskan program di bawah Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional (SGI) 2012 terutama hal-hal berkaitan Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak, Zon Tengah, National Innovation Conference and Exhibition (NICE) dan Anugerah Inovasi Negara.
- Membantu Jawatankuasa Aktiviti dan Pameran untuk kerja-kerja penyelarasan dengan pelbagai pihak yang terlibat, pembahagian booth/tapak/logistik/makanan serta pemantauan di tapak Karnival Sains dan Inovasi 2012.
- Membantu menyelaras dan mengkordinasikan soal selidik SGI2012 semasa program Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak, Zon Tengah, National Innovation Conference and Exhibition (NICE) dan Anugerah Inovasi Negara diadakan.
- Membantu memasukkan data-data soal selidik SGI2012 di dalam sistem yang disediakan dan membuat analisa data.
- Membantu menyediakan laporan pelaksanaan semua aktiviti SGI 2012 untuk didokumenkan dan dicetak.
Tempoh Perkhidmatan: Tidak melebihi 3 bulan. Jika ada keperluan, boleh dilanjutkan sehingga maksimum 3 bulan lagi.
Waktu Bekerja: 9 jam sehari termasuk waktu rehat.
Kadar Upah:
- RM100 sehari (Ijazah Sarjana Muda);
- RM72 sehari (STPM / Diploma);
- RM 54 sehari (SPM).
Jantina: Lelaki
Tarikh Tutup Permohonan: 4 September 2012 (11.59 mlm)
Kalau berminat, emel curriculum vitae (CV) dengan gambar & sijil ijazah / diploma / STPM / SPM kat mohdzaidi@mosti.gov.my.
Terima kasih.
Salam, saya berminat untuk memohon dan saya dah emel CV..thanks
ReplyDeleteCV telah diterima. Tk!
Delete