Thursday, 20 October 2011

Tekanan

Dah 20 hari aku join Kursus DPA ni tapi sampai sekarang hati aku masih xde kat sini. Kepala asyik fikirkan family kat rumah. Teringatkan wife, Ziqri, emak.

Kelmarin dapat satu berita yang kurang baik dari Hospital Banting. Diorang bagitau yang hati Ziqri bermasalah sikit. Itu sebabnya Demam Kuning dia masih xelok2 lagi walaupun dah 45 hari umur dia. Aku xtau nak explain dengan detail pasal masalah hati tu. Apa yang pasti dalam masa 2 minggu ni, Ziqri kena g hospital lagi for further test.

Ramai kawan2 yang bagi support. Ada gak yang bagi idea macam mana nak sembuhkan sakit Ziqri tu. Thanks kat semua.

Tapi aku sekarang jauh kat Johor ni. Aku xboleh nak buat apa. Kalau dah balik KL pun, bukannya aku boleh balik rumah gak. Ada lebih 5 bulan lagi sebelum aku betul2 merdeka drpd Kursus ni.

Wife aku kat rumah pun tertekan. Fikirkan sakit anak. Suami lak jauh, xde kat sisi untuk menolong. Pergerakan pun jadi terbatas. Kawan2 ada yang cadangkan supaya Ziqri dapatkan rawatan pakar kat Hospital Putrajaya atau Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah Bangi tapi susah diorang nak pergi. Wife aku xkan berani nak drive g tempat2 yang dia xpernah drive sebelum ni tanpa aku. Kalau aku ada kat sana, sure kitorang boleh bawa Ziqri.

Aku harap Mama Eta tabah hadapi dugaan ni...

Perkara yang tak diduga yang berlaku dalam hidup kita sebenarnya adalah antara ujian Allah agar kita sentiasa dekatkan diri kita kepada-Nya. Bila semua perkara berlaku seperti dirancang kita manusia sering terlupa tentang Allah yang mengizinkan sesuatu perkara yang kita rancang tu berlaku. Untuk itu dekatkanlah diri kita dengan Allah kerana bila diri kita dekat dengan Allah maka petunjuk ke arah sesuatu kegusaran akan menjadi lebih nyata dan mudah dikenal pasti.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...