Saturday, 15 October 2011

Akhirnya, dapat pun jumpa Mama Eta & Baby Ziqri =)

Assalaaaaaamualaikum..~

Hari ni aku sangat HAPPY sebab dapat jumpa Mama Eta & Ziqri =)

Aku sekarang ada kat INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS), Kluang. Kursus kat sini 2 minggu untuk Modul Pentadbiran & Pembangunan Wilayah dengan Pengurusan Kewangan. Hari Sabtu & Ahad kitorang kali ni free, xde apa2 aktiviti pun. Tapi kitorang still xdibenarkan balik / bermalam kat luar, cuma boleh outing je. Kalau kat INTAN Bukit Kiara semua peserta dibenarkan keluar sampai 12 tgh malam tapi kat sini kitorang diarahkan balik lagi awal, sebelum pukul 7 mlm.

Mama Eta gerak dari Jenjarom dalam kol 720 pg, sampai sini kol 1030 pg & dua kali stop kat RnR. Kiranya kurang dari 3 jam, not bad laa kan..? Mama Eta datang dengan mak mertua, adik ipar & of cos laa baby hensem kitorang, Ziqri =) 

Anak ayah dah makin gemuk semangat sekarang ni. Warna kulit pun nak ikut ayah. Hehe. Mata dia masih obvious warna kuning. Bila dipicit2 kat dahi dia pun, boleh nampak kesan kuning tu. Hurm...

Lepas amek aku kat IKWAS, kitorang pun g Hotel Nagaria Inn untuk book bilik. Risau sangat kalau2 bilik hotel tu akan penuh nanti dengan family kawan2 aku yang mungkin datang ke sini gak. Haha. Hotel ni ok laa, harga murah & dekat je dengan IKWAS.

Lepas tu, kitorang pun sambung perjalanan g Bandar Kluang. Sampai je kat sana, kitorang nampak ada 2 shopping mall yang besar. Yang paling dekat dengan kitorang ni, namanya Kluang Mall. Yang jauh sikit tu aku xtau apa namanya tapi aku agak2 mungkin Kluang Parade. Xtau nak cakap yang mana satu lagi best. So aku decide untuk g Kluang Mall je sebab dah memang kat depan mata.

Hari ni aku memang betul2 memakmurkan ekonomi orang Kluang. Belanja sakan mula dari Supermarket Pacific, then makan besar kat KFC, pas tu beli stroller Ziqri. Sonok Ziqri dok dalam stroller tu, celik je mata dia & muka penuh bangga. Haha. Mama & ayah pun sonok gak sebab dah xlenguh tangan nak dukung Ziqri. Hehe.

Lepas habis pusing satu shopping mall tu, kitorang pun gerak g hotel. Relax kat situ, main2 dengan  Ziqri, borak2 dengan Mama Eta. Sedar x sedar, jam dah kol 5 ptg. Dah nak kena siap2 gerak balik ke IKWAS. Walaupun urus setia benarkan kitorang keluar sampai kol 7 mlm tapi guard IKWAS lak pesan supaya balik sebelum pukul 6 ptg. Mungkin sebab aku keluar naik kereta, budak2 lain keluar naik bas IKWAS.

Mama Eta dah mula rasa sedih, nangis... Kitorang dapat jumpa 7 jam je hari ni, memang xcukup nak gantikan rasa rindu lepas dah xjumpa selama 339 jam. Insyaallah esok kita jumpa lagi. Bezanya, esok aku xboleh nak keluar dari IKWAS ni. So Mama Eta & family laa yang kena datang sini. 

Tu je laa dulu cerita untuk hari ni. Nanti lain kali aku nak tulis cerita pasal pengalaman aku sepanjang kat Kursus DPA ni. Thanks Mama Eta pinjamkan laptop dia, boleh aku guna untuk buat assignment, online, & update blog =) Btw, xleh nak upload gambar2 yg baru sebab kabel USB tertinggal kat rumah. Nak pakai bluetooth, laptop ni mcm ada problem lak. Xpe laa, nnt kalau Mama Eta upload gambar2 baru kat FB, aku akan save & update post ni.

Ok, adios amigos..

Wassalam..~

1st time Ziqri g shopping mall @ Kluang Mall..~!!
1st time Ziqri g fast food restaurant @ KFC
Mata anak ayah nampak sangat kuningnya =(
Mama & ayah belikan Ziqri stroller..! Pink ke tu..?  Merah laa..
Ziqri penuh bangga duduk dalam stroller, xtidur langsung =)
UPDATE
Hari ni (Ahad), kitorang jumpa lagi. Diorang sampai sini kol 1030 pg. Aku bwk diorang dok kat Bilik Rehat. Selesa sikit drpd kena duduk kat pondok atau kerusi2 besi kat bawah. Ziqri asyik tidur je. Bangun kejap pun untuk menyusu, then sambung tidur balik. Kitorang lunch sama2, call McD je. Then diorang gerak balik kol 2 ptg. Kejapnye. Tapi syukurlah drpd xdapat jumpa langsung macam bbrp kawan aku yg lain. Insyaallah next weekend dapat jumpa lagi. Berharap tapi xberharap sangat..

Kitorang sekeluarga @ IKWAS

2 comments:

  1. Anak Hang muka sebijik cam ko..Anak Bapak nih.

    p/s: Semoga Ziqri cepat sembuh AMin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...