Ziqri,
Meskipun Ude telah
pergi meninggalkan kita semua, ayah harap kenangan Ziqri dengan arwah
tidak akan pudar sampai bila-bila. Betapa sayangnya arwah pada Ziqri
bagaikan menyayangi anaknya sendiri. Malah adakalanya dapat ayah rasakan
kasih sayang arwah pada Ziqri lebih tinggi daripada yang telah ayah
berikan.
Pada pagi sebelum Ude pergi, arwah datang ke rumah Wan. Bila
diketahuinya yang Ziqri ada di rumah Along, arwah terus ke sana mencari
Ziqri. Masih terngiang-ngiang di telinga ayah suara arwah memberi salam
memanggil Ziqri ketika itu. "Assalamualaikum". Suara yang sama itu
jugalah yang mampu membuatkan Ziqri berkejaran ke pintu setiap
kali arwah datang ke rumah Wan. Apabila arwah ingin pulang pada pagi
itu, Ziqri secara spontan salam tangan Wan dan mahu ikut, seakan-akan tidak mahu berpisah
dengan Ude.
Tidak lekang senyuman Ziqri ketika bersama arwah. Tidak putus-putus peluk
dan cium arwah ketika bersama Ziqri. Arwah yang hadiahkan Ziqri mainan
bajak, kereta, bola, pistol dan topi askar. Arwah yang baiki katil Ziqri yang patah.
Arwah yang mengajar Ziqri menyanyikan macam-macam lagu.
Rasa ralat mama
dan ayah bila Ziqri tak berpeluang menatap wajah insan yang begitu
menyayangi Ziqri sebelum arwah dikebumikan. Namun itu mungkin ketentuan Allah supaya Ziqri melihat riak wajah arwah yang tersenyum
pada pagi itu sebagai tatapan terakhir.
Ziqri jangan lupakan Ude ye.
Takziah kpd seluruh keluarga..
ReplyDelete