Pagi tadi aku teman Mama Eta kerja kat Klinik Kesihatan Kg. Pandan. Bekerja pada hari Sabtu ni diorang namakan 'extended hours'. Masa kerja dari kol 8.00 pg sampai 12.00 t/hari. Errr, korang tau ke yang klinik gomen (tertentu) buka pada hari Sabtu..?
![]() |
| 2 orang kongsi 1 meja kecik |
Perkhidmatan 'extended hours' ni dah mula sejak tahun 2008 untuk rawatan
kes-kes ringan je macam demam, batuk & selsema. Selain dibuka masa hari
Sabtu, klinik yang ada perkhidmatan ni pun akan memanjangkan waktu operasi pada
hari bekerja dari pukul 5.00 ptg sampai 9.30 mlm. Senarai klinik yang terlibat,
boleh rujuk kat SINI (list tak update, Klinik Tanglin patut dah diganti dengan
Klinik Kg. Pandan..haish).
Info tambahan: Mulai tahun 2010, semua klinik yang ada doktor juga memberi
perkhidmatan pada waktu rehat makan tengah hari, iaitu dari pukul 1.00 hingga
2.00 ptg, setiap hari. Tapi hakikatnya ada je klinik yang tak nak terima
pesakit masa ni kecuali untuk kes kecemasan je :p
Aku stay kat klinik ni sepanjang 4 jam Mama Eta kerja. Overall ada 17 orang je pesakit yang datang. Ye, 17 orang sahaja dalam tempoh 4
jam pada hari Sabtu yang indah lagi damai ni. Haha.
Aku sokong pelaksanaan 'extended hours' ni sebab tujuan dia memang sangat baik. Tapi bila kehadiran pesakit tu sikit je, berbaloi ke..? Macam rugi. Rugi masa, tenaga, duit - OT, claim TNT, bil elektrik, bil air. Kan..?
Tapi aku tak nak laa perkhidmatan 'extended hours' ni dihentikan. Sayang, idea baik ni. Cuma kalau boleh tu, biarlah dilaksanakan dengan lebih efisien.
Kalau pesakit lebih cenderung untuk datang pada waktu malam, jadi kekalkan
buka klinik tu sampai malam. Kalau pesakit tak ramai datang hari Sabtu, tutup
laa klinik hari Sabtu. Kalau jumlah pesakit yang datang masa 'extended hours'
kat sini sikit, mungkin lebih ramai yang akan datang kalau dibuat
kat klinik lain.
Cadangan aku, mungkin lebih baik kalau perkhidmatan 'extended hours' dibuat
kat klinik yang mana nisbah pesakit/pekerja tinggi. Mungkin dapat ringankan
sikit beban kerja diorang pada hari-hari biasa. InsyaAllah.
Tapi kalau takde apa2 perubahan & dibiarkan je macam keadaan sekarang
ni, kesian... Macam takde motivasi nak bekerja. Baik duduk rumah, berehat
dengan keluarga je kan =)
Sekian, selamat berpuasa & selamat berbuka..!
Wassalam.



setuju dgn pendapat anda..macammana nk bawak idea ni ke pihak atasan?????ramai staf yg mengeluh kerana terpaksa habiskn masa lebih di tempat kerja..akhirnya keluarga tonggang-langgang..bg pasangan ygtak berkerja shift mungkin cabarannya tak sehebat pasangan yg berkerja shift..terpaksa meletakkan anak2 (yang kecil..tak bermasalah jika anak2 dh besar dan boleh berdikari,,) ke rumah jiran ker..pengasuh ker..( Pusat asuhan..biasanya tutup awal)
ReplyDeletesetengah Klinik..dibayar Ot...(mungkin bole cover duit extended hours kat rumah pengasuh /jiran..) tapi ada setengah Klinik claims hours..lagi parah sudahlah masa dgn family makin kurang kena keluar rm pulak..takkan nk tinggalkna anak2 kecil di rumah tanpa pengawasan org dewasa...???so kerja dgn stress..kejap2 call rumah..maklumler budak2 ni kalau parents tak ingatkan kerja sekolah mereka....berdondang sayang ler...untunglah kalau anak2 yg dh matang dan boleh berdikari...:)